Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre1:::Kampung Nelayan Seberang Takir

Tuesday, June 22, 2010


Dari pagi sampai ke petang, kerja Mr Money hanya sekadar menonton televisyen. Begitulah kebanyakan masa Mr Money dihabiskan pada cuti semester kali ini. Bagi Mr Money inilah cuti yang agak membosankan yang pernah Mr Money alami. Kalau, sebelum ini, sempat jugak 'Mr Money merajinkan diri untuk melakukan kerja sambilan untuk mengumpul duit poket setelah memasuki universiti nanti. Tetapi masa terlalu mencemburui. Apakah kerja yang Mr Money boleh lakukan dalam masa yang tinggal hanya 2 minggu saja lagi sebelum semesta baru bermula.

Disebabkan terlalu bosan Mr Money dengan bag sandang yang berisi camera keluar merayau-rayau dari satu kampung ke satu kampung untuk mencari lokasi yang sesuai untuk meng‘snap’ gambar-gambar untuk dimuatkan turunkan kedalam blog gambar aku. Penat merayau, sampailah aku ke satu destinasi yang aku rasakan begitu cantik dan amt sesuai untuk menjdikan koleksi gambar-gambar terbaru. Tempat yang aku maksudkan ialah perkampungan nelayan di hujung tanjung, seberang takir.

Seberang takir merupakan antara tempat yang terkenal dikalangan rakyat terengganu dimana tempat ini menjadi destinasi bot-bot nelayan melabuhkan sauh-sauh setelah anak-anak kapal balik dari menangkap ikan dilaut. Selain itu tempat ini juga dikenali ramai dengan produk tempatan yang diperbuat daripada hasil laut seperti keropok lekor, keropok keping, ikan kering, belacan, batik dan banyak lagi.

Mengikut cerita orang-orang kampung, nama seberang takir datangnya daripada sejarah zaman penjajahan Jepun dahulu. Sumber lisan yang diperolehi menyatakan, kawasan seberang ini menjadi tempat tentera-tentera jepun menakir/memenggal kepala tawanan mereka. Kepala-kepala itu kemudian dicampakan kedalam sungai terengganu. Sejauh mana kesahihan cerita tersebut aku tidak ketahui.

Dibahagian gigi-gigi air pula terdapat beberapa buah bangsal yang bersaiz besar dan tinggi yang dikenali sebagai ‘rang’ oleh masyarakat tempatan. Rang ini didirikan sebagai tempat perteduhan para nelayan dan menjadi ‘meting pot’ bagi awak-awak sebelum turun kelaut. Rang juga berperanan sebagai tempat memunggah hasil tangkapan laut dan menjahit pukat-pukat yang rosak.

Agak lama Mr Money menghabiskan masa disana, bukan sahaja mengambil gambar malah Mr Money juga sempat berbual-bual dengan nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan di laut. Walupun mereka kepenatan, tetapi masih sempat malayan sebarang pertanyaan dari aku. Inilah yang dikatakan, “oghang teganu ramoh sokmo. Betul dok awok-awok kite”. Hehehe.....



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com