Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre4:::Bot Penambang Seberang Takir

Tuesday, June 22, 2010


Sg Terengganu telah memisahkan Kuala Terengganu kepada dua bahagian iaitu Kuala Terengganu utara dan Kuala Terengganu selatan. Namun kedua-dua bahagian ini dihubungkan oleh jambatan Sultan Mahmud dan beberapa buah jambatan lain seperti jabatan pulau rusa.


Walaubagaimanapun, terdapat juga pengangkutan air yang disediakan sebagai salah satu alternatif untuk menyeberangi sungai terengganu seperti bot penambang. Bot penambang amat terkenal dikalangan masyarakat seberang takir dan pulau duyung kerana mereka lebih gemar menggunakan pengakutan air berbanding darat kerana jaraknya lebih dekat. Jeti di Seberang Takir terletak berhampiran masjid tanjung seberang takir. Perjalanan hanya mengambil masa selama 5minit untuk kebandar.


Kedudukan jeti dibahagian bandar juga amat strategik kerana ianya berada betul-betul dihadapan Bazar Warisan dan bersebelahan dengan Pasar Payang. Ini juga merupakan salah satu faktor kebanyakan masyarakat sekitar seberang takir dan Pulau Duyung lebih gemar menggunakan penggangkutan ini. Selain itu juga para pelancong juga boleh menggunakan bot penambang ini untuk ke kampung seberang takir yang terkenal dengan aktiviti pemprosesan keropok lekor, ikan kering dan batik. Sememang harga yang ditawarkan lebih murah berbanding tempat lain.


Selain digunakan untuk menghantar penumpang ke bandar, bot penambang ini juga menyediakan perkhidmatan untuk mengililingi sungai terengganu. Dengan menaiki bot penambang ini, para penumpang boleh menikmati keindahan sungai terengganu malah mereka dapat melihat keunikan taman tamadun islam lebih dekat dari sudut yang berbeza. Bot penambang juga akan dibehentikan di beberapa tempat seperti Taman tamadun islam dan juga muzium negeri terengganu.


>Harga untuk ditawarkan cukup muarah dan sememangnya berbaloi.

Khidmat biasa(ke bandar)

dewasa-RM1.00

kanak-kanak-RM0.80

Mengelilingi Sg. Terengganu

RM25.00

Walaubagaimanapun, masih ramai rakyat terengganu yang tidak mengetahui tentang pengangkutan air yang istimewa ini. Jadi, sekiranya anda semua berada dikuala terengganu, saya syorkan anda semua mencuba perkhidmatan ini.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com