Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre6:::Pantai Teluk Ketapang

Wednesday, June 23, 2010




Pantai merupakan salah satu tarikan semulajadi di negeri terengganu. Tidak hairanlah, terengganu menjadi destinasi utama sebagai destinasi pelancongan sekeluarga bagi mereka yang meminati konsep Hawaii iaitu pantai. Oleh hal demikian, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan negeri Terengganu bagi memperindah dan memajukan pantai di negeri Terengganu.Kemajuan dari segi prasarana, kebersihan dan keselematan sering dititik berat agar terhindar daripada insiden "indah khabar dari rupa".Antara pantai-pantai yang menjadi tarikan dinegeri terengganu ialah Pantai Batu Buruk, Pantai Kemasik, Pantai Bukit Keluang, Pantai Teluk Ketapang dan banyak lagi.


Apa yang ingin saya kongsikan hari ini ialah keindahan salah satu daripada pantai-pantai yang menjadi tumpuan pengunjung di negeri Terengganu iaitu Pantai Teluk Ketapang.Pantai Teluk Ketapang terletak lebih kurang 3km dari bandar Kuala Terengganu. Lokasinya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sering dikungjungi ramai. Pantai ini juga menjadi kegilaan ramai bagi mereka meminati suasana yang tenang dan damai.


Prasarana seperti taman permainan, pondok-pondok, tandas awam dan gerai-gerai makanan turut disediakan oleh pihak kerajaan bagi menambahkan keselasaan kepada para pengunjung. Bagi mereka yang meminati makanan seperti sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor, air kelapa, dan air batu campur, sememangnya amat dialukan untuk ke pantai teluk ketapang.Sotong-sotong dan ikan-ikan yang menjadi pilihan oleh peniaga amat segar-segar belaka keranan ianya diperolehi secara terus daripada nelayan-nelayan tempatan.


Selain itu juga, pada hari jumaat pantai ini akan menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai gerai jualan barang-barang terpakai atau lebih dikenali sebagai ‘bundle’. Pelbagai> pilihan pakaian seperti seluar, baju dan kasut yang berjenama dan bermutu boleh didapati disini. Harga yang ditawarkan juga amat murah dan memuaskan.


Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti sukan berkuda, memancing, jamuan ‘reunion’, BBQ dan banyak lagi. Sememang Pantai Teluk Ketapang sering dipenuhi oleh pengunjung terutama pada waktu petang. Bagi mereka yang ingin bermalam disini terutama bagi mereka yang ingin menunggu perjalanan kapal terbang pada esok hari mereka juga boleh menginap di ‘chalet-chalet’ yang disediakan berdekatan pantai ini. Antaranya seperti:

DARA INN
Tel:09-6668482

Harga Bilik

Standard Room:RM80-RM100

Superior Room:RM125(seaview)

2 Superior Room:RM230(seaview)

Pakej Dorm:RM15(1 person)

Kemudahan Diberikan

Kad Kredit

Dewan

BBQ

Wifi

Pengangkutan ke Airport Pecuma

Restaurant

*sesuai untuk seminar, birthday party, mesyuarat, reunion




Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com