Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre8:::Keunikan Bas Bandar Di Kuala Terengganu

Friday, June 25, 2010


Siapa sangka sebuah bas berbentuk seperti sebuah rumah tradisional boleh bergerak di atas jalan raya. Siapa juga menyangka bas yang berbentuk seperti sebuah rumah tradisional ini adalah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri yang bernama Terengganu. Keunikan hasil ukiran Melayu yang bermotifkan flora dan fauna kini telah ditingkatan penggunaannya yang dulunya hanya digunakan pada ukiran sesebuah rumah, perahu, perabut malah kini telah diguna pakai dalam membina sebuah pengankutan darat iaitu bas.

Bas bandar ini kini menjadi tarikan bagi pelancong-pelancong yang datang ke Terengganu. Keunikan dan keistimewaan bas ini telah menarik minat ramai pelancong yang datang ke Terengganu untuk menaiki bas ini yang sememang amat berbeza dengan bas-bas yang ada di Malaysia ini.

Bas Bandar ini juga turut menjadi pengangkutan awam bagi penduduk-penduduk di sekitar Kuala Terengganu untuk ke bandar. Kadar tambang yang berpatutan sememang amat berbaloi dengan keselesaan yang keselamatan yang dijaminkan kepada para penumpang.

Selain itu juga, bas ini juga menyediakan kerusi yang diperbuat daripada kayu jati yang telah diukir dengan pelbagai corak. Boleh dikatakan hampir 70% bahan yang digunakan untuk membuat bas ini adalah daripada kayu. Bas ini beroperasi pada pukul 6 pagi hingga 10 malam.


Bas ini membawa penumpang ke destinasi pelancongan antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

2 comments:

hAnIsAh_aMmRaN said...

Ada satu jeke bas macam ni? tak pernah nampak pun..baru buat yeh..

June 26, 2010 at 5:18 AM
Azwan@Mr Money said...

Dah lama la.... hahahah.... ko x pernah dtg tganu mmg x nampak. jom2 dtg tganu, nt aku tnjuk kan. hehehee

July 1, 2010 at 1:44 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com