Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre2:::Keenakan Bilis Terengganu

Tuesday, June 22, 2010

Hari ini, Mr Money temankan abang Mr Money membeli ikan bilis kering yang dipesan oleh rakan sekerja di negeri perak. Sememangnya negeri terengganu amat terkenal dengan hasil makanan laut seperti ikan bilis kering dan ikan kering. Bukan setakat golongan yang tidak berkemampuan mengemarinya, malah orang berada juga turut meminati makanan ini.


Tempat yang kami tuju kali ni pula ialah pantai kampungbaru seberang takir dimana tempat ini terkenal dengan perniagaan makanan kering seperti ikan, keropok dan banyak lagi. Sekiranya bernasib baik, kita akan dapat melihat sendiri bagaimana ikan-ikan diproses sebelum dipasarkan. Kebetulan nasib kami agak baik kerana kerja-kerja memproses ikan bilis sedang dijalankan. Sememangnya, proses menyediakan ikan bilis kering ini tidak terlalu rumit kerana hanya terdapat 3 cara sahaja iaitu rebus, jemur dan asingkan. Walaupun proses ini tidak terlalu rumit tetapi ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya siap sepenuhnya.


Ikan hendaklah direbus dahulu dalam lingkungkan masa selama 1jam. Selepas direbus, ikan bilis tadi akan dibilas dengan air supaya bersih dari segala kekotoran. Kemudian ikan bilis akan dijemur sehingga ianya kering. Setelah kering, ikan kering tadi akan diasingkan daripada ikan lain seperti sotong dan anak ikan tambang . Ikan bilis yang bersaiz kecil lebih mahal berbanding ikan bilis yang bersaiz bsar dan sederhana.


Sememangnya ikan bilis amat digemari oleh masyarakat Malaysia dan menjadi hidangan wajib bagi masakan seperti nasi lemak. Ikan bilis juga enak jika dimasak sambal tumis petai, kerabu dan banyak lgi. Masyarat terngganu juga gemar memakan ikan bilis goreng bersama pulut dan secawan kopi iaitu sarapan pada waktu bagi.

Sememangnya, harga yang ditawarkan ditempat ini lebih murah berbanding tempat-tempat lain. Semstinya terbaik dari ladang.




Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com