Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre3:::Pesta Candat Sotong

Tuesday, June 22, 2010


19/06/2010-Sabtu. Kebetulan Hari ni sepupu Mr Money mngajak Mr Money dan kakak Mr Money pergi ke Fun fair dekat taman shahbandar. Sepupu Mr Money kata fun fair ni diadakan sempenan pesta candat sotong. Kalau tak silap Mr Money funfair nie dah lama 'start' tapi baru hari ni Mr Money berkesempatan untuk pergi kerana masalah transport disebelah malam. Memang dah lama Mr Money teringin nak pergi sebab Mr Money ni jenis yang suka sangat dengan permainan-permainan yang mencabarkan keberanian dan mendebarkan.


Fun fair kali amat berlainan dengan fun fair-fun fair yang pernah diadakan sebelum. Permainan-permainan lebih gempak dan lebih banyak. Dah Taman Tema Genting Highland pun ada. Nak masuk ke dalam fun fair nie korang kena bayar RM3.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Masuk saja. belum main permainannya lagi. Permaianan-permainan bukan saja untuk orang dewasa malah untuk kanak-kanak juga ada disediakan. Kira semua peringkat umur boleh merasainya, yang penting jauh dari sebarang penyakit jantung, lemah semangat, mengandung dah lelah agar sebarang kejadian tak diingini tidak berlaku.


Sempat jugak Mr Money merasaikan sebahagian permainan dekat situ. Kalau nak diikutkan hati, semua permainan Mr Money nak cuba tetapi poket dah hampir kering jadi cukuplah 2, 3 permainan sahaja. Setiap permainan perlu dibayar menggunakan token yang dibeli dengan harga RM2.00 untuk sekeping. Harga bagi setiap permainan berbeza mengikut tahap keseronokan dan kepuuasan yang sememang amat mencabar hati dan perasaan. Dari serendah 2 token hingga 4 token.


Selain daripada fun-fair, terdapat juga gerai-gerai jualan yang menjual bermacam-macam produk seperti pakaian, kasut&selipar, makanan dan banyak lagi. Pengunjung juga dihiburkan dengan dendangan lagu oleh penyanyi-penyayi tempatan iaitu anak jati terengganu sendiri. Sememangnya sesuana pada malam iti amat menyeronokan.


http://3.bp.blogspot.com/_AU_cF010cJ8/S_uNOF-hYTI/AAAAAAAAAJ0/Nmq6GIOkC1A/s400/Karnival+Candat+Syahbandar+2010+Bunting+Kecil.jpg
Karnival ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Alat Permainan Hiburan seisi keluarga yang canggih dari luar Terengganu. Anda pasti terhibur.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com