Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre7:::Masjid Putih Mercu Negeri Terengganu

Wednesday, June 23, 2010


Bila sebut je pasal Masjid Putih, Mr Money mesti teringat akan temuduga Mr Money semasa memohon kursus seni bina di Universiti Teknologi Malaysia pada 10 April 2008 di Dewan Jemaah, UTM Semarak, Kuala Lumpur.

Dialog Temuduga Kursus Seni Bina di UTM

*****************

Penemuduga: Masjid Krital cantik tak?

MrMoney: cantik.

Penemuduga: Sebab apa awak kata cantik?

MrMoney: Kerana bentuknya yang unik, lain dari yang lain dan kedudukanya yang strategik iaitu ditengah Pulan Wan Man.

Penemuduga: Antara Masjid Kristal dan Masjid Putih Mana Lagi Cantik?

MrMoney: Masjid Kristal.

Penemuduga: Ye ke? Awak tahu tak Masjid Putih adalah lebih cantik dari Masjid Kristal kerana bentuk kubahnya memang lain dari yang lain. Pernah ke awak tengok kubah seperti masjid putih pada masjid-masjid lain?

************

Sampai sekarang Mr Money perasan yang sememang kubah Masjid Putih lain dari masjid yang ada di Malaysia. Semalam, semasa pergi ke bandar untuk membeli barang sempat juga Mr Money singgah di Masjid Putih untuk melihat sendiri keunikan dan keindahan Masjid Putih dari jarak yang dekat.


“Masjid Abidin Kuala Terengganu terletak di kampung masjid. Masjid Abidin dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih.

Masjid ini telah dibina oleh Al Marhum Sultan Zainal Abidin II di antara tahun 1793-1808. Ianya dibina daripada kayu.

Pada masa pemerintan Al Marhum Sultan Umar kira-kira pada tahun 1852 bangunan ini telah digantikan dengan bangunan baru diperbuat daripada batu. Masjid ini telah diubahsuai dan diperbesarkan dengan penambahan tiga batang tiang baru bulat dan tiga buah menara oleh Tengku Panglima Besar( Tengku Muda Kemaman)

Bagi Menampakan ciri-ciri seni bina Islam, Ukiran-ukiran Khat ayat-ayat suci Al quran, doa-doa awan larat dipasangkan di pintu-pintu masuk dan kisi-kisi masjid.

Bahagian paling menarik di sebelah dalam masjid ini ialah sebuah mimbar yang dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada tahun 1972, perubahan telah dibuat semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nasiruddin Shah dimana masjid dibesarkan lagi menampung 2500 jemaah. Selain daripada itu, sebuah menara yang tinggi didirikan dan beberapa buah kubah kecil dibina di ats sutoh bangunan tersebut.

Prubahan sekali lagi dibuat pada tahun 2006, semasa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia al wathiqu Billah Al-sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.”

Didalam kawansan Masjid Putih ini terdapat beberapa buah makam-makam al marhum sultan Terengganu yang terdahulu dan pembesar-pembesar. Bukan sahaja keunikan seni bina pada masjid yang dapat kita lihat, malah keunikan seni bina juga terselah pada ukiran-ukiran batu nisan.


Mr Money juga begitu terpesona dengan saiz batu nisan yang agak besar dan tinggi dan jarang-jarang sekali kelihatan di tapak pekuburan islam yang lain.


Apa yang memeranjat Mr Money lagi, terdapat sebuah pusat rawatan yang berada didalam kawasan masjid ini yang dikenali Pusat Rawatan Masjid Abidin.


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com