Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre15:::Mencari Remis di Pantai Lembah Bidong

Tuesday, July 6, 2010


Sempena cuti semester baru-baru ini, Mr Money dan keluarga telah dikejutkan dengan berita dari orang-orang kampung tentang beribu-ribu ‘remis, iaitu sejenis hidupan laut yang bercengkerang telah ‘menaiki’ pantai Lembah Bidong. Haiwan yang dipanggil ‘remis’ oleh penduduk setempat ini merupakan sejenis hidupan laut yang bermusim dan sukar ditemui. Rupa haiwan ini ialah seperti kerang tetapi warnanya sedikit kebiruan dan kekuningan.


Kami turut mengambil kesempatan untuk mencari remis ini. Apa yang menyeronokan ketika mencari remis ini ialah ianya dilakukan pada lewat malam kerana pada waktu itu air laut akan surut dan memudahkan aktiviti pencarian. Walaupun keadaan pada waktu itu terlalu sejuk, namun hasil yang diperolehi sangat memuaskan.


Walaupun, remis ini ada dijual dipasar berdekatan, namun berduyung-duyung orang telah datang ke pantai pada malam itu untuk mengalami sendiri proses mencari remis ini. Bukan sahaja masyarakat setempat, malah masyarakat yang tinggal di luar negeri Terengganu juga turut mengambil kesempatan ini. Keadaan pantai pada masa itu seperti telah diadakan satu karnival atau pesta secara besar-besaran.


Keadaan yang gelap yang dingin tidak menghalang para pencari remis, malah ada yang sanggup berendam didalam air selama berjam-jam kerana remis yang dicari semakin mudah dicari pada lewat-lewat malam.


Alhamdulillah, kami berpuas hati dengan hasil tangkapan kami iaitu sebanyak satu bakul. Remis ini amat sedap jika dimasak masak lemak cili api, sambal tumis, dan masak kicap. Sememangnya, pengalaman pada malam itu amat seronok dan sukar untuk dilupakan.




Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut



0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com