Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre18:::Jom Mengintai Si Diman Si Ikan Nemo

Thursday, July 8, 2010



Melihat gelagak seekor ikan bersaiz kecil ini sangat menambat hati. Warnanya yang jingga bercampur putih sungguh memukau. Walaupun kecil tetapi hebat mempamerkan gaya dan aksi yang memukau sesiapa saja yang memandang. Ikan ini telah menjadi maskot bagi Sukan Malaysia(Sukma) yang berlangsung di Terenggananu tahun lepas. Sesuai dengan perwatakan ikan tersebut, walaupun kecil, tetapi begitu lincah dalam setiap pergerakan.

"Maskot yang dipilih bagi SUKMA XII - Terengganu Darul Iman 2008 adalah spesis Ocellaris Clownfish (Amphiprion Ocellaris) atau False Percula Clownfish, False Clown Anemonefish, dan Anemone Demoiselle. Spesies marin ini banyak terdapat di perairan kepulauan indo-pasifik termasuk di perairan kepulauan di Terengganu. Ia juga merupakan antara daya tarikan peminat-peminat hidupan laut terutamanya di Pulau Perhentian. Spesis Ocellaris Clownfish ini berwatakan agak lincah, bertenaga dan agresif dan ia amat bersesuaian dengan sukan yang memerlukan atlet yang bersemangat sedemikian.

Bendera Terengganu dikibar bagi menterjemahkan semangat yang membara serta peranan Terengganu sebagai tuan rumah SUKMA XII. Secara keseluruhan, imej-imej maskot dan logo bagi setiap sukan yang dipaparkan dapat mencerminkan aktiviti sukan yang digayakan.

Elemen kemeriahan atau keseronokan SUKMA XII juga jelas digambarkan pada wajah maskot yang sentiasa tersenyum. Si Diman menjadi nama timangan bagi maskot SUKMA XII Terengganu 2008. Si Diman merujuk kepada "bisexual mascot" iaitu boleh merujuk kepada maskot jantan atau maskot betina.

Diman adalah nama singkatan Darul Iman yang memberi pengertian yang sinonim dengan Negeri Terengganu Darul Iman. Singkatan perkataan yang mempunyai dua suku kata akan mudah disebut dan mudah diingat. Perkataan dasar "iman" yang menjadi pegangan umat Islam dan juga melambangkan Islam yang menjadi agama rasmi negeri Terengganu. Diman juga berdasarkan mitos pahlawan terhebat di negeri Terengganu pada masa dahulu."


Sumber,'wikipedia.






Bagi mereka yang ingin melihat sendiri ikan ini dihabitat asalnya, mereka boleh 'mengintai' ikan ini dilokasi-lokasi yang terletak diperairan Terengganu seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan banyak lagi. Sememangnya, iainya menjaminkan satu pengalaman baru yang amat menyeronokan dan memuaskan.


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi Daripada En Sulaiman Idris, bekas Instructor Diver Berjaya Redang Beach Resort
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com