Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre19:::Nikmati Ketenangan Di Pulau Redang

Thursday, July 8, 2010




Jom ke Pulau Redang......
Cuti semester tinggal satu minggu aje lagi, disebabkan kebosanan Mr Money pon bercadang la nak pergi ke Pulau Redang. Mula-mula, ingat nak pergi ngan member Mr Money, Acip. Elok-elok dah plan, tiba masa nak beli tiket ke Terengganu, tiket pulak yang habis. Maklumlah, U pon dah nak buka jadi ramai la yang nak balik ke kampus masing-masing. Nasib baik la UiTM buka lambat sedikit. Last-last, terpaksa la Mr Money pergi sorang-sorang.

Sebenarnya memang dah lama Mr Money berhajat nak pergi ke Pulau Redang masa cuti sem hari tu, tapi banyak pulak rintangan dan halangan. Tapi alhamdulillah, dah nak hujung-hujung cuti ni dapat jugak pergi. Ini merupakan kali ke 7 Mr Money ke Pulau Redang. Dah 7 kali tu faham-faham je la, tempatnya memang syok habis. Walaupun rumah Mr Money dekat dengan pantai, tapi Pantai kat Pulau Redang memang jauh berbeza kat pantai kat 'area' rumah Mr Money .

Pagi hari ahad iaitu 27hb /06/2010 Mr Money menaiki feri di jeti Taman Shahbandar dan lebih kurang satu jam setengah Mr Money sampai di jeti Pulau Redang. Harga tiket bagi pelangcong tempatan hanya RM35 untuk pergi. Mr Money menginap di rumah abang yang bekerja di salah sebuah Resort di Pulau Redang. Alhamdulillah, kurang la sikit bajet. Hehehe.......

Agak kurang la sikit keseronokan tu sebab pergi sorang-sorang, jadi nak buat aktiviti pon mesti berkeseorangan. Walaubagaimanapun, kadang-kadang tu tak terasa yang Mr Money nie berkeseorangan sebab berada kat pantai pulau redang tu macam dah lupa semua benda yang serabut kat kepala. Angin yang sepoi-sepoi bahasa, pasirnya yang putih dan ombak yang tenang memukul pantai memang mengasyikkan. Wah, macam bermadah la plak kan.

Kalau sesiapa yang nak datang kat sini, mereka tak perlu risau akan kemudahan-kemudahan seperti pengangkutan, penginapan dan macam-macam lagi kerana semuanya ada disediakan disini. Tidak kira dari pakej murah hingga ke tahap VVIP.

Aktiviti seperti 'menyelam skuba', berkayak, mengeliling pulau, memancing, BBQ dan bermacam-macam lagi boleh dilakukan di Pulau Redang. Selain itu, Pulau Redang juga sesuai untuk dijadikan lokasi perkhemahan tahunan, atau sebarang kem jati diri kerana terdapat tempat penginapan yang berkonsepkan 'dorm' yang boleh menampung jumlah yang ramai.

Jadi, kepada sesiapa yang menyukai kedamaian dan ketenangan bolehlah menjadikan Pulau Redang sebagai lokasi ideal percutian keluarga.







Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D dan Daripada En Sulaiman Idris, bekas Instructor Diver Berjaya Redang Beach Resort
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

2 comments:

mohamad farhan said...

promosi ogos ke redang rm250 se orang....
2x hi tea

1x dinner

1x bbq

3 snorkeling trip
berminat enail ke blogterengganu@gmail.com

August 10, 2010 at 7:16 AM
Azwan@Mr Money said...

Salam, terima kasih di atas pekhidamatan yang ditawarkan....

Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh emailkan ke alamat di ats ye....

Memang best ke Pulau Redang.....

August 10, 2010 at 10:01 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com