Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre22:::Pulau Perhentian Mendamaikan

Thursday, July 15, 2010



Bagi mereka yang menginginkan suasana damai dan jauh dari kesibukan bandar, eloklah memilih negeri Terengganu sebagai destinasi ideal bagi merehatkan diri anda dari segala tekanan dalam kehidupan harian. Destinasi yang menjadi pilihan kali ini ialah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian ini terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. pulau ini terletak sekitar 21km di perairan Terengganu.

Untuk pergi ke Pulau ini. Pelancong boleh menggunkan feri di Jeti Kuala Besut. Perjalanannya mengambil masa selama satu jam setengah. Pulau ini dekelilingi oleh hutan hujan tropika yang menjadikan suasana yang menyegarkan dan jauh dari pencemaran alam sekitar. Selain itu, keadaan pantai yang bersih dan pasir putih keemasan amat memukau sesiapa saja yang bertandang ke sana.

Bagi mereka yang meminati aktiviti menyelam skuba, Pulau Perhentian sememangnya menjadi lokasi yang amat sesuai kerana kerajaan Terengganu telah mewartakan kawasan di sekitar Pulau perhentian ini sebagai Taman Laut.

Selain itu juga, permandangan ketika matahari terbit merupakan salah satu daya tarikan yang mengamit kehadiran pelancong ke pulau ini. Ini merupakan syurga bagi pencinta lama sekitar. Bagi yang bernasib baik, mereka juga berkesempatan melihat ikan lumba-lumba dan yu paus iaitu sejenis sejenis yu bersaiz besar yang memakan planton-planton dan ikan-ikan kecil.

Disamping itu juga. pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti berkhemah, memnacing ikan, mencandat sotong, berkayak, berperahu layar dan bermacam-macam lagi. Sememangnya, aktiviti sebegini memberikan anda satu pengalaman baru yang amat menyeronokan.







Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D dan Daripada En Sulaiman Idris, bekas Instructor Diver Berjaya Redang Beach Resort
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com