Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre24:::Tasik Kenyir, Warisan Khazanah Alam

Saturday, July 17, 2010


Sebut saja Tasik Kenyir, mestilah kita teringat negeri Terengganu. Tasik Kenyir merupakan tempat tadahan air atau tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. tasik ini juga dibina bagi menjana kuasa eletrik bagi seluruh masyarakat Terengganu. Tasik yang berkeluasan 2600km Persegi ini mengandungi 340 buah pulau kecil.

Tasik yang terletak didaerah Kuala Berang ini telah menaikkan nama Kuala Berang yang dulunya kurang didiami dan sekaligus memajukan kawasan tersebut. Tasik Kenyir bukan saja menjadi tempat menjanakan kuasa eletrik, malah kini menjadi penyumbang terbesar dalam sektor pelancongan negeri Terengganu. tasik yang siap dibina pada tahun 1988 ini depenuhi dengan khazanah hutan yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Dismaping itu juga, Tasik in juga menjadi sumber pendapat utama bagi masyarakat tempatan terutama dalam sektor agrotek atau pertanian. Masyarakat juga memanfaatkan tasik ini dengan menjalankan aktiviti menternak ikan air tawar dan dipasarkan ke seluruh negeri di Malaysia.

Jika anda merupakan seorang kaki pancing, Tasik Kenyir menawarkan beberapa lubuk ikan yang sememangnya menjanji kepuasan yang maxima. Ikan-ikan disini bersaiz lebih besar jika dibandingkan di tempat-tempat lain. Terdapat lebih dari 300 spesis ikan yang menghuni tasik ini. Antaranya:-

* Kelah, juga dikenali sebagai Mahseer Malaysia
* Lampam Sungai atau barboides
* Toman atau Snakehead
* Kawan atau Ramah duri
* Kalui atau Gaint Gurame
* Kelisa atau Green Arowana


Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai ikan Naga merah/Arapaima Gigas yang beratnya 30 dan 50 kilogram. Ikan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.


ikan arapaima gigas

Selain itu juga, Tasik kenyir Juga Terkenal dengan keindahan air terjun.Antaranya ialah Air Terjun Lasir. Air terjun ini terletak 16km atau 30 minit naik bot dari Pengkalan Gawi, pintu gerbang utama ke tasik. air terjun ini adalah sekitar 500 meter dan dikelilingi oleh panorama yang indah dan batu-batuan, pemandangan khas dari hutan hujan tropika.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi daripada Puan Musrawati Jaafar
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com