Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre26:::Bersantai Di Pantai Batu Burok

Monday, July 19, 2010



Pantai Batu Burok merupakan antara pantai yang sering menjadi kujungan ramai di Kuala Terengganu. Kedudukannya yang berhampiran dengan Bandaraya Kuala Terengganu memudahkan lagi para pengunjung untuk bertandang kesana. Suasana beginilah yang membezakan Bandaraya Terengganu dengan bandar-bandar lain dimana pengunjung boleh menikmati suasana dingin pantai di kawasan bandar.


Lokasi Pantai Batu Burok ini juga berdekatan dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah, dan Kompleks Renang Batu Burok. Selain itu, pantai ini juga berdekatan dengan Primula Beach Resort. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menginap di kawasan Pantai Batu Buruk ini, mereka boleh menyewa bilik di Primula Beach Resort ini.Bukan itu saja, chalet-chalet dan rumah tumpangan turut disediakan.

Prasarana seperti taman permainan, pondok-pondok, tandas awam dan gerai-gerai makanan turut disediakan oleh pihak kerajaan bagi menambahkan keselasaan kepada para pengunjung. Bagi mereka yang meminati makanan seperti sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor, air kelapa, dan air batu campur, sememangnya amat dialukan untuk ke Pantai Batu Burok.



Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti sukan berkuda, memancing, jamuan ‘reunion’, BBQ dan banyak lagi. Sememang Pantai Batu Burok sering dipenuhi oleh pengunjung terutama pada waktu petang.

http://1.bp.blogspot.com/_AU_cF010cJ8/TCGDLSccAQI/AAAAAAAAAJ8/eE21ZzvHTzo/s400/Pertandingan+Memancing+Batu+Burok+Poster+Web.jpg

Pertandingan Memancing Piala Bandaraya 2010 ini akan berlangsung pada 31 Julai 2010 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu. Semua pemancing dari seluruh Malaysia dijemput menyertai pertandingan ini. 500 peserta terawal akan mendapat T-shirt percuma. Hubungi 014-539 0737 (Abg. Din).


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com