Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre32:::Acu Tegha Ghase Telur Penyu

Saturday, July 24, 2010



Salam buat semua, hari nie jom kita terokai selera Negeri Terengganu pula. Asyik melawat lokasi menarik jer, peruk mesti la laparkan. Jadi apa kata kita cuba sesuatu yang baru. Anda semua pernah makan telur penyu tak? Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tidakkan? Tapi kalau makan telur penyu nie takde la sampai dapat mengenyang perut, sekadar alas perut sudah. Telur penyu nie susah nak dapat, sebab tu la harga dipasaran pon mahal. Kalau datang ke Terengganu tu, cuba-cubalah rasa, mungkin korang susah nak dapat telur penyu nie kat tempat lain. Sekadar rasa sudah la, kalau makan banyak-banyak pon tak boleh jugak, nanti pupus pulak penyu tu.

Telur penyu nie rasa die lain dari telur-telur binatang lain yang selalu kita makan seperti telur ayam, telur itik dan telur angsa. Kulit telur penyu lembut sahaja tapi susah untuk dipecah. Telur penyu dijual dalam 2 jenis iaitu yang rebus dan yang mentah. Kebiasaanya, telur mentah yang dijual bewarna kekuningan kerana disaluti pasir manakala yang sudah direbus berwarna putih. Telur yang sudah direbus berasa sedikit masin dan telur kuningnya keras seperti telur itik masin tetapi telur putihnya seperti telur separuh masak. Itulah keistimewaan telur penyu. Jadi, kalau datang ke Terengganu, jangan lupa untuk mencuba.




Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D dan Daripada En Sulaiman Idris, bekas Instructor Diver Berjaya Redang Beach Resort
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com