Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre34::Jom Bebaskan Penyu

Wednesday, July 28, 2010



Salam buat semua, baru-baru nie Aquaria KLCC ada menganjurkan Kempen Turtle Are Free. Kempen ni adalah anjuran bersama Aquaria, Jabatan Perikanan Malaysia, The Body Shop, UMT dan Media Prima.Kebetulan juga baru-baru ini aku ade menerima komen dari salah seorang pelawat blog ini iaitiu Pencinta Penyu tentang entry aku baru-baru ini yang bertajuk Chapitre32:::Acu Tegha Ghase Telur Penyu. Walaupun pertuturan dan cara bahasa yang digunakan agak kasar tetapi aku terima sebagai satu kritikan yang positif. Apa yang diharapkan agar individu tersebut lebih berbudi bahasa, kerana budi bahasa budaya kita.

Apa yang aku ingin khabarkan hari ini ialah jom kita pakat ramai-ramai menjayakan kempen ini. Aku amat tertarik dengan kempen ini kerana Negeri Terengganu sendiri merupakan sebuah negeri yang menjadi lokasi pendaratan penyu terbanyak di Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri juga telah mewartakan beberapa bahagian di Negeri Terengganu sebagai tempat pembiakan dan penetasan penyu,. Antaranya ialah Rantau Abang dan beberapa buah pantai di Pulau Redang.




Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia.Empat spesies penyu tersebut ialah :
  • Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
  • Penyu Agar (Green Turtle)
  • Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
  • Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle
Ciri-ciri dan biologi penyu:
  • PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi
  • PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan
  • BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.
  • PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.
  • Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar
  • P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg
  • Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.
  • Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)
  • Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang
  • Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.
info selanjutnya sila layari turtlemalaysia

Berbalik kepada Komen Oleh Pencinta Penyu tersebut,sebagai salah satu langkah untuk menghentikan masyarakat sekarang memakan telur penyu bukanlah hanya dengan cara lisan semata-mata. Kita perlulah mengkaji daripada akar umbi kenapa masyarakat sekarang masih memakan telur penyu, dan jawapan yang boleh aku berikan adalah masih ade penjual telur penyu. Jadi sekiranya kita tidak mahu senario ini berlaku, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan kepada para penjual. Jadi fikir-fikirkanlah.

Aku ingin mengekalkan entry atau Chapitre ke-32 aku itu kerana aku percaya telur penyu masih menjadi satu tarikkan pelancong luar ke Terengganu. Walaupun tidak merasai telur penyu itu, tetapi mereka ingin melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana rupa telur penyu.

Sumber Dari Cik Aleng

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com