Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre16:::Kontinjen Terengganu Bukan Sekadar Jaguh Kampung

Wednesday, July 7, 2010



Kontinjen Terengganu Bukan Sekadar Jaguh Kampung

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said telah mengumumkan hari ahad baru-baru ini iaitu pada tarikh 27/06/2010 sebagai cuti am kepada masyarakat Terengganu. Cuti ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada atlet-atlet dan jurulatih-jurulatih SUKMA negeri Terengganu kerana berjaya menjadi Juara keseluruhan dengan pungutan pingat. 47 emas, 30 perak dan 43 gangsa. pada Sukan Malaysia(sukma) ke-13 di negeri Melaka baru-baru ini. )

Ini merupakan kejayaan buat kali kedua berturut-turut oleh kontinjen negeri Terengganu menjuarai Sukma iaitu pada Sukma ke-12 yang telah diadakan di negeri Terengganu sendiri dan seterusnya di negeri Malaka. Pada SUKMA ke-12, Terengganu telah mengutip 61pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Pada SUKMA ke-12 ini juga, beberapa rekod baru kejohanan SUKMA dan empat rekod baru kebangsaan berjaya dicipta menerusi lima jenis sukan iaitu angkat berat, berbasikal, kanu, renang dan olahraga. Atlet Terengganu sendiri telah berjaya memecahkan beberapa rekod kejohanan dan kebangsaan. Antaranya 13 rekod kejohanan telah dipecahkan dan 1 rekod kebangsaan melalui lima jenis sukan iaitu angkat berat(1 rekod SUKMA), berbasikal(5 rekod SUKMA), kanu(5 rekod SUKMA dan 1 rekod kebangsaan), renang(1 rekod SUKMA), dan olahraga(1 rekod SUKMA). Kejayaan yang membanggakan ini diteruskan lagi tempat orang.Terengganu yang muncul juara keseluruhan selepas berjaya memperoleh 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa.



Terengganu Terus Gah di Carta Keseluruhan Kutipan Pingat SUKMA 2010 setakat jam 2350:: 18 Mei 2010

Hal ini demian telah mebuktikan bahawa atlet-atlet negeri Terengganu bukanlah sekadar jaguh kampung yang hanya menampakkan kehebatan di tempat sendiri, malah sudah terang lagi bersuluh bahawa atlet-atlet Terengganu juga sememang hebat di gelanggang luar. Kejayaan demi kejayaan itu telah meletakkan Terengganu sebagai kuasa baru dalam arena Sukan Malaysia.

Disamping itu juga, Negeri Terengganu juga telah menjadi contoh penganjur sukma terbaik. Kejayaan Terengganu menjadi penganjur terbaik sehingga telah diberi pengiktirafan di Parlimen oleh Perdana Menteri “Siapa kata Penyu akan terus menangis?

Siapa kata anak Terengganu lemah? Buktikan jika benar.....”


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi daripada Google
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com