Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre31:::Aku Anak Terengganu

Friday, July 23, 2010

Salam buat semua pengunjung setia atau yang 'tersesat' diblog Terengganu Permata Hati ini. Walaupun sudah ramai yang menjadi 'follower' blog ini, tapi mungkin mereka tidak tahu siapakah penulis blog ini sebenarnya. Jadi, disini aku ingin memperkenalkan diri aku serba sedikit bagi mendekatkan aku dengan kalian semua yang sudi menjadi 'follower' blog ini dan singgah kemari di blog yang tak seberapa ini.

Nama penuh aku Mohd Azwan Bin Salleh. Aku dilahirkan di Seberang Takir, menerima pendidikan awal di Tabika Kemas Telaga Daing, seterusnya di Sek. Keb. Teluk Ketapang. pada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku bersekolah di Sek. Men. Keb. Ibrahim Fikri. Alhamdulillah. pada Peperiksaan PMR aku memperolehi keputusan yang membanggakan dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke negeri orang dalam tempoh yang lama dalam usia yang muda.



Selepas menerima keputusan SPM, aku menyambung pelajaran di UiTM Arau dalam bidang Diploma Kejuruteraan Awam(Pembinaan). Hampir satu tahun setengah aku di kampus arau, kemudian aku membuat keputusan untuk menyertai program penerapan pelajar Diploma ke Ijazah yang baru diperkenalkan oleh UiTM. Dengan CGPA pada semester ke-3 Diploma, alhamdulillah aku kini berada di UiTM Shah Alam untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam. Kini berada dalam semester kedua dan tahun pertama pengajian.


Aku bangga jadi anak Terengganu kerana bagi aku semuanya ada di Terengganu. Negerinya aman dan jauh dari segala pencemaran. Loghatnya yang unik membezakan kami dengan negeri-negeri lain. Tapi itu tidak bermakna yang kami ini bersikap berpuak-puakan kerana kami orang Terengganu sememang mesra-mesra belaka. Aku suka Terengganu, sebab makanan kat sini semua enak-enak contohnya nasi dagang, keropok lekor, dan bermacam-macam lagi. Aku bangga dengan kampung kelahiran aku. Aku sayang negeri aku. Kerana di sinilah perjalanan aku bermula.


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

8 comments:

aten said...

sy pun anak t'ganu~ hehee

August 3, 2010 at 10:37 AM
Tomato Gurl's Life said...

yeah...bangga jadi anak kelahiran terengganu....negeri berbudaya menarik :)

August 13, 2010 at 9:42 PM
Azwan@Mr Money said...

sama kita bangga dengan negeri kita. hehehehe

August 13, 2010 at 10:37 PM
norsyuhada binti johan said...

dpt fast track ke...sue pun dpt.tp tak tau nak pergi x. sebab org ckp byk risiko. tapi tak beberapa fhm lg.ley share x sikit pasa fast track nie>sue org ganu gop.kemaman :) hehehe

December 15, 2010 at 5:36 PM
Azwan@Mr Money said...

salam, fast track nie ikot kos gak..... macam civil engineering bukanlah fast track pon sebab kami smbong degree dalam masa 4 tahun. tapi kalau ko slain, budak fast track buat degree 3 tahun stengah jer... so jimat la satu sem..... nak ckap pasal risiko tu.... dop la banyok sngat.... sme je ngan abes diploma.... cuma kita xdpt sjil diploma... tapi tyme degree nie wat betul2x la... sbab x leh patah balik dah.... konklusiye sume sme jer... sbab nak keje nanti employee akan tengok kita pnya high qualification... hehehe

December 15, 2010 at 11:44 PM
norsyuhada binti johan said...

hehehe...olait...belaja dekat uitm shah alam ke nie.sue dpt dekat sana juga.mcm mana entah.takut pun ada nk sambung ijazah terus nie..hehehe.. bdw,thanz taw :) ngee~~

December 16, 2010 at 1:20 AM
Anonymous said...

nk tny...skg kn sme reg online..so course bley pilih la ape2 pn ye? n klu dh amik msa dip, kne amk lg ke? thx...

December 28, 2010 at 8:50 AM
Azwan@Mr Money said...

sorry lambat...... tak tahu, sebab time kitorang dulu sume dah di registerkan.... kitorg cume pg belajar je.... dan ade jugak subjek yg dah amik time dip ktorg amik lg time degree..... tp ade la tambah skit2. hehehee

January 1, 2011 at 3:38 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com