Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre11:::Sejenak di Pantai Kemasik

Thursday, July 1, 2010


Bagi mereka yang tinggal di daerah Kemaman, amat tidak asing lagi bagi mereka sebuah pantai yang diberi nama Pantai Kemasik. Pantai ini begitu cantik dan amat sesuai untuk aktiviti perkelahan keluarga pada masa terluang. Pantai ini sering menjadi kunjungan bagi mereka yang ingin berjalan jauh dan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 dari Jabor(Kemaman) ke Gemuruh(Kaula Terengganu) kerana pantai yang berkonsepkan ‘Rest, Relax and Recretion’ ini sememang menjaminkan ketenangan dan keselesaan.

Oleh hal demikian, kemajuan dari segi prasarana, kebersihan dan keselematan sering dititik berat oleh pihak kerajaan agar terhindar daripada insiden "indah khabar dari rupa".


Prasarana seperti taman permainan, pondok rehat, tandas awam dan gerai-gerai makanan turut disediakan oleh pihak kerajaan bagi menambahkan keselasaan kepada para pengunjung. Bagi mereka yang meminati makanan seperti sotong celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor, air kelapa, dan air batu campur, sememangnya amat dialukan untuk ke Pantai Kemasik. Sotong-sotong dan ikan-ikan yang menjadi pilihan oleh peniaga amat segar-segar belaka kerana ianya diperolehi secara terus daripada nelayan-nelayan tempatan.

Terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti sukan memancing, jamuan ‘reunion’, BBQ dan banyak lagi. Sememang Pantai Teluk Kemasik sering dipenuhi oleh pengunjung terutama pada waktu petang.


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com