Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre35:::Sutera Terengganu Cantik & Eksklusif

Monday, August 2, 2010



Salam buat semua, hari ini jom kita membeli belah di Terengganu. Alang-alang dah singgah di Terengganu, apa kata kita beli buah tangan dan bawa pulang untuk saudara terdekat, kawan-kawan dan jiran-jiran. Situasi begini mampu mengeratkan lagi hubungan slaturahim sesama masyarakat sekekiling. Pelbagai hasil seni dan kraftangan yang mampu anda beli di negeri Terengganu, sama ada dengan harga yang murah dan mahal tetapi kena dengan kualiti dan diberikan.

Raya pon dah semakin hampir, jadi baju-baju raya sudah tempah ke belum? Terutama bagi pihak perempuan, tiap kali raya, baju mesti lebih dari sepasang. Jadi singgahlah di Terengganu untuk membeli sutera Terengganu yang amat cantik dan padan untuk semua peringkat umur. pelbagai corak dan warna yang ditawarkan kepada pelanggan. Mungkin anda akan rambang mata jika berada di sesebuah kedai yang memjual produk berasakan tekstil ini.



Bagi mereka yang singgah ke Kuala Terengganu, mereka boleh melawati Pasar Payang iaitu tingkat satu bersebelahan dengan pasar sayur dan di bahagian hadapan iaitu pintu masuk utama pasar payang. Selain itu, mereka juga boleh mendapati sutera ini di Bazar Warisan yang tidak jauh dengan Pasar Payang. Anda boleh membandingan harga-harga yang ditawarkan dibeberapa buah kedai yang terdapat disitu.

Kain sutera ini sesuai dipakai pada hari raya, majlis-majlis koperat, kenduri kahwin dan banyak lagi. Kainnya yang lembut dan sejuk amat selesa dipakai kemana saja dan pada bila-bila masa. Sutera ini juga sesuai untuk dipakai oleh kaum lelaki. Jadi, sempena ketibaan Hari Raya Aidil Fitri ini, jom kita ke Negeri Terengganu untuk menempah baju yang diperbuat dari kain sutera Terengganu.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com