Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre36::: Taman Shahbandar Indah dan Mempersona

Tuesday, August 3, 2010




Salam buat semua, destinasi hari ini ialah Taman Shahbandar. Siapa pernah pergi Taman Shahbandar angkat tangan! Kalau tak pernah pergi lagi, meh sini saya perkenalkan lokasi menarik seterusnya ialah Taman Shahbandar yang terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu berhampiran pusat membeli belah Astaka. Kawan lapang yang luas dan diteduhi pokok besar seperti pokok ketapang ini sering dikunjungi ramai tidak kira pada hujung minggu atau hari minggu.



Bagi mereka yang penat berjalan di pasar payang atau bazar warisan mereka bolehlah berehat sebentar di Taman Shahbandar yang redup dan angin laut yang bertiup lembut sememangnya cukup mengasyikkan. Selain itu, Taman Shahbandar ini juga sering diadakan festival-festival yang menarik pada setiap bulan. Suasan di Taman Shahbandar ini tidak sunyi walaupun pada lewat-lewat malam kerana keadaannya yang cerah disinari lampu-lampu amat mempersonakan.
Lokasi ini juga sering menjadi tumpuan ramai pada hujung kerana terdapat jualan Bundle yang menjual barangan terpakai yang amat murah dan berkualiti.



Sempena musim perayaan hampir tiba, anda juga boleh mendapati makanan atau kuih-kuih raya seperti muruku, kekacang dan banyak lagi pada malam bulan Ramadhan di tapak jualan iaitu dahulunya merupakan hentian bas express. Anda juga boleh berbuka puasa di Taman Shahbandar. Anda dapat merasai sendiri keunikan bagaimana perasaan apabila menunggu meriam berbunyi iaitu masuknya waktu berbuka puasa. Suasana sebegini amat sukar untuk dirasai di tempat tempat lain.



Kedudukan yang berhampiran sungai dan laut China Selatan juga amat menarik terutama pada waktu matahari terbenam. Anda juga dapat menikmati keindahan Kuala Terengganu di anjung persisir air Taman Shahbandar. Jadi, jom kita ke Taman Shahbandar.


Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com