Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre38::: Pemandangan Di Kuala Terengganu

Friday, August 6, 2010

Salam satu Malaysia buat semua pelawat, Jom kita saksikan keindahan atau pemandangan di Kuala Terengganu iaitu tempat pertemuan antara Sungai Terengganu dan Laut China Selatan. tempat yang menjadi punca pendapatan sesetengah rakyat Terengganu ini terutama nelayan kaya dengan keindahan alam yang saujana mata memandang.



Kawasan yang menjadi pelabuhan bagi bot-bot nelayan tempatan ini amat cantik takala matahari terbenam. Keindahan langit yang terbentang luas menambah keunikan panorama yang mengasyikkan. Bot-bot yang suhnya dilemparkan tersusun rapi digigi air.



Selain itu, ada juga dapat melihat bot-bot penambang yang sibuk mengangkut penumpang untuk ke Bandar Kuala Terengganu. Keunikkan bot yang dihiasi dengan pelbagai corak dan warna menjadi penyeri Sungai Terengganu.



Jeti Taman Shahbandar yang mengujur ke tengah Sungai sering menjadi tumpuan para pelancong tidak kira dari dalam dan luar negeri. Feri-feri yang besar akan kelihatan di tepi-tepi jeti tersebut bagi membawa penumpang ke lokasi yang sering menjadi tumpuan di Terengganu iaitu Pulau Redang.



Tokang-tokang besar yang sedang menjalankan aktiviti pendalaman Sungai Terengganu turut kelihatan. Projek yang diterajui oleh Syarikat Inai Kiara ini adalah bertujuan untuk membina sebuah pelabuhan yang bertaraf antarabangsaa di Begeri Terengganu. Dengan matlamat menjadikan Negeri Terengganu negeri yang tersohor di mata dunia.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com