Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre39:::Kain Songket Tenunan Melayu

Saturday, August 7, 2010



Siapa pernah dengar lagu kain songket? Liriknya lebih kurang macam nie la. "Kain songket buatan anak Melayu, asalnya dari negeri Terengganu, tapi sayang tak boleh pakai selalu." Siapa tak kenal kain songket? Kain songket ini dulu sering dipakai oleh golongan hbangsawan terutama pihak-pihak kesultanan Melayu contohnya tengkolok. Tetapi pada hari ini ianya sering digunakan terutama pada hari jumaat iaitu untuk padanan baju Melayu. Selain itu juga, songket ini juga turut diguna pakai pada hari Raja Sehari iaitu majlis persandingan.



Tidak lupa juga pada hari raya sama ada Hari Raya Aidil Adha atau Aidil Fitri. Warna dan kehalusan seni yang dipamerkan melalui corak-corak pada kain songket mampu menyerlahkan lagi seri di hari raya. Kain songket ini dipakai oleh semua golongan tidak kira golongan lelaki dan golongan perempuan.

Terengganu iaitu sebuah negeri yang kaya dengan budaya, tradisi dan hasil kraftangan yang menakjubkan menjadi lambang asal-usul kain songket. Songket adalah hasil tenunan tangan yang rumit dengan duplikasi motif bunga tempatan, amalan yang memerlukan kemahiran, kesabaran, bakat dan kreativiti. Songket dari Terengganu, yang pernah digunakan hanya oleh royalti dan pejabat, merupakan sebuah karya seni di mana teknologi tenun tradisional masih digunakan untuk membuat desain elegan indah.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D & Google
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com