Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre40:::Istana Maziah Tesergam Indah

Saturday, August 7, 2010



Salam semua, siapa yang pernah singgah di bandar Kuala Terengganu mesti perasan dengan sebuah bangunan yang berwarna kuning. Bangunan ini terletak bersebelahan Bukit Puteri dan berdekatan dengan Taman Shahbandar. Kalau anda nak tahu, inilah Instana Maziah iaitu tempat persinggah Sultan Terengganu. Istan ini juga menjadi tempat bagi urusan rasmi yang berkaitan adat istiadat istana.

Mengikut sumber wikipedia tentang Istana Maziah, terdapat sedikit percanggahan tentang tarikh ia dibina. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10:00 pagi, 31 Mei 1895 ( 7 Zulhijjah 1312 ) di masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III
( 1881-1918 ). Manakala catatan Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Muhammad bin Yusof pula, istana ini dibina pada tahun 1897.

Di hadapan Istana Maziah ini, terdapat sebuah dataran yang diberi nama Dataran Maziah. Dataran ini dihiasi dengan pokok-pokok bunga yang amat menarik. Susunan dan pilihan pokok bunga yang berwarna-warni memeriahkan lagi pemandangan di dataran tersebut. Air pancut yang yang keluar dari replika tepak sirih amat sungguh mengujakan sesiapa yang singgah di dataran tersebut.


Megah Di Tengah Bandaraya Terengganu



Dataran Maziah



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com