Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre41:::"Mari-Mari Beli Belacan Terengganu!!"

Sunday, August 8, 2010





"Maghi-maghi dekat mokcik-mokcik weh.... Anok nok jual belacang nie. Belacang cap T'ganu. Sedak do'oh nie. Tak dok tepat laing"


Salam buat semua, anda semua nampak tak gambar kat atas tu? Jangan salah tafsir pula, gambar kat atas tu bukan gambar batu bata ye. Kalau nak kenal, tu la gambar belacan. Terbaik dari ladang punya. Tengok warna pon dan macam ketulan jongkong emas. Cantik, di susun rapi dibawah panas terik mentari. Kepada mak cik-mak cik, akak-akak dan abang-abang yang suka makan sambal belacan tu, apa kata anda 'cuba try test' belacan dari Terengganu. Memang ummmpp!!!!!



Gambar nie, aku amik masa tengah lepak kat Kampung Baru Seberang Takir di Kuala Terengganu. Kalau korang semua nak tahu, belacan nie diperbuat daripada udang jeragau@geragau atau nama komersialnya di Terengganu ialah udang baring. Sejenis udang kecil yang bermusim. Udang ni lebih terkenal di negeri Melaka kerana ia lebih senang didapati di Selat Melaka berbanding Laut China Selatan. Kalau anda berminat untuk membeli belacan nie, anda boleh datang sendiri ke Kampung Baru Seberang Takir di Kuala Terengganu.

Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com