Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre42:::Salam Ramadhan Al-Mubarak

Tuesday, August 10, 2010




Salam sejahtera dan salam satu Malaysia buat semua. Di kesempatan ini me @ Mr Money nak ucapkan selamat Berpuasa dan Salam Ramadhan buat semua umat Islam di Malaysia dan di mana saja mereka berada. Bulan Ramadhan ni la bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemaafan. Diharap agar saudara dan saudari semua berebut-rebut untuk memperolehi setiap pahala sunat dan wajib di bulan puasa ini. Bagi mereka yang tak cukup puasa sebelum nie, sudah ganti ke belum? Sekarang dah nak masuk bulan Ramadhan seterusnya. Kali nie, jangan ponteng pulak ye. Dah cukup bersyukur kita kali nie sebab di beri kesempatan untuk merasai bulan Ramadhan buat kali berikutnya. Di kesempatan ini Mr Money yang ucapkan kepada anda semua Selamat Menjalani Ibadah Puasa.



Terimalah pantun rekaan Mr Money sendiri. (^_~)

Kuih Beronok Pembuka Selera,
Tak Lupa Juga Si Tepung Pelita,
Sutera Terengganu Pakaian Raya,
Padanan Molek Si Gadis Jelita.

Bercanda Ria Di Tepi Kuala,
Sambil Makan Bergelak Ketawa,
Syabaan menyisir, Ramadhan Menjelma,
Ibadah Puasa Jangan DiLupa,

Berkain Songket Berbaju Melayu ,
Tampan Bergaya Hai Anak Teruna,
Ramadhan Tiba Bukannya Selalu,
Tandanya Raya Bakal Menjelma.

Membeli Emas Di Bazar Warisan,
Untuk diPakai Di Hari Raya,

Eloklah kita bermaaf-maafan,
Eratkan Hubungan Sesama Kita.



Sesiapa Yang Meminati atau berminat untuk mendengar Kuliyah Berbuka Puasa Dari Ustaz Azhar Idrus, anda boleh ke lokasi-lokasi yang di senaraikan di bawah:-

Jadual Kuliyah Ramadhan

Jadual kuliyah Berbuka Puasa ( Jam 6 Petang )

14/8 Sabtu- Surau Mujahidin Merang
15/8 Ahad- Surau Feri Kemasik
17/8 Selasa- Masjid Taman Islam Kemaman
18/8 Rabu- Surau Kg Raja Cenering
20/8 Jumaat- Pondok Mustaqim Batu 4 Jln Air Putih kemaman
22/8 Ahad- Masjid Sg Isap Kuantan
24/8 Selasa - Dataran Geliga Kemaman
26/8 Khamis- Masjid Banggul Peradung K.Trg
27/8 Jumaat- Surau Pasti Paya Berenjut, Kemaman
28/8 Sabtu- Masjid Tg Mizan Kerteh
29/8 Isnin -Surau Hj Bidin Dungun

Jadual Subuh Ramadhan

Setiap Jumaat- Masjid Jamek Pengadang Baru, K. Trg
Setiap Sabtu- Surau Al-Ikhwan, Gelong Bilal, K. Trg

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com