Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre44:::Membeli Belah Di Pasar Payang

Tuesday, August 10, 2010








Salam, macam mana semua hari ini, puasa ke tak? Kalau orang lelaki tu, jangan bagi alasan bukan-bukan untuk tak puasa ari nie ye. Bagi yang perempuan pula kalau yang boleh puasa tu, puasa la sementara masih sempat nie. nanti belum tentu lagi anda berkesempatan untuk mengantikan puasa lama, bahkan belum tentu lagi kita dapat ketemui bulan Ramadhan akan datang.

Sempena bulan puasa nie, Mr Money teringat pulak ngan Pasar Payang. Dulu masa zaman sekolah-sekolah selalu tolong mak beli daun kucai dengan tauge kat Pasar Payang untuk buaht cucur udang dan jual pada bulan Ramadhan. Tapi sekarang kat rumah dah tak de sesiapa, semua abang-abang dah kerja, jadi mak pon dah lama tak buat cucur udang.

Hari nie nak cerita sikit la Pasar Payang nie. Rasanya semua kenal dengan nama Pasar Payang. Selalunya pelancong-pelancong tempatan yang datang ke Terengganu mesti singgah Pasar Payang untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Pasar Payang ini terletak di dalam Bandaraya Kuala Terengganu, kedudukannya yang berhampiran Sungai Terengganu amat strategik kerana penjual dan pembeli mudah untuk pergi ke Pasar Payang tersebut. mereka boleh menggunakan pengankutan air atau pengankutan darat.

Bagi mereka yang menggunakan pengankutan darat, mereka tidak perlu risau akan tempat untuk pakir kenderaan mereka kerana tempat pakir bertingkat bersebelahan Pasar payang ada disediakan. Mereka juga boleh memakir kerenderaan mereka dihadapan Bazar Warisan yang jaraknya hanya 10m dari Pasar payang.

Pasar Payang in terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Pakaian, Bahagian Makanan dan Buah-buahan, Pasar Basah dan di bahagian atas terdapat medan selera. Pasar Basah ialah tempat menjual sayur-sayuran, ikan, daging dan ayam. Sekiranya anda letih berjalan di Pasar payang, anda bolehlah berehat sebentar di tingkat atas sambil menikmati makanan Terengganu sperti nasi dagang dan banyak lagi.

Di bahagian depan bula terdapat deretan kedai emas yang menjaual emas-emas yang amat berkualiti dengan harga yang amat murah. Jika anda ingin membeli batik, sutera atau songket, Pasar Payang merupakan lokasi paling sesuai kerana terdapat berpuluh-puluh kedai yang menjual barangan tekstil keluaran Terengganu. Anda mampu membuat perbandingan harga, corak dan kualiti dari pelbagai kedai.

Selain itu, anda juga boleh mendapati kuih muih tradisonal Terengganu di Pasar payang ini. Makanan seperti keropok lekor, keropok kering, serunding dan bermacam klagi turut di jual di dalam satu bangunan yang diberi nama Pasar Payang ini. Sekira anda datang ke Terengganu, singgah la ke Pasar payang ini.



Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik pada gambar tersebut

2 comments:

suamihanyisterizuki said...

aiii, orang pulau duyong singgoh sini...suker, info pasal ganu. ha tahu tak ade saya anak ganu group...ni link nyer...

http://sat-group.blogspot.com/

saja sharing sis caring ngn kengkawan

August 12, 2010 at 9:23 PM
Azwan@Mr Money said...

Terima kasih sbb share. Sy dah follow 'saya anak ganu'. Kalau suke singgah2 la slalu ye. Hehehehehe........

August 13, 2010 at 3:10 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com