Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre46:::Ketupat Sotong Enak & Lazat

Sunday, August 15, 2010



Salam buat semua, mesti ramai diluar sana teringin betul nak rasa ketupat sotong Terengganu Kan? Rasanya memang best dan sedap hingga menjilat jari. Tambah-tambah bila saiz sotong tu besar-basar. Sempena bulan puasa nie, asyik cerita pasal makanan je kan. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba untuk buat ketupat sotong nie boleh amik resepi di bawah tu.


BAHAN-BAHAN:

700gm @ 4 ekor sotong | bersaiz
sederhana dan bersihkan kulitnya
300gm beras pulut
500ml santan cair
Lidi sate secukupnya

BAHAN KUAH:
100gm bawang merah | dimayang
100gm halia | dihiris halus
1 sudu teh halba
750ml santan pekat
Garam secukup rasa



CARA MEMASAK:
1. Beras pulut dibersihkan dimasak bersama santan cair sehingga masak
2. Kemudian angkat dan sejukkan seketika *suam2 kuku*
3. Setelah itu, masukkan pulut ke dalam sotong. Pastikan ia tidak terlalu penuh.
4. Seterusnya sematkan sotong dengan menggunakan lidi dengan kemas. Ia untuk
memastikan pulut di dalam sotong tidak terkeluar.
5. Masukkan sotong ke dalam periuk yang berisi santan pekat.
6. Kemudian masukkan pula bawang merah dan halia.
7. Didihkan sotong dengan api yang perlahan supaya tidak pecah minyak.
8. Akhir sekali, masukkan halba dan perasakan. Kacau hingga mendidih dan
sotongmasak.
9. Angkat dan hidangkan.

8 comments:

Ummu umar said...

Sedaapnye..

August 15, 2010 at 9:27 AM
Azwan@Mr Money said...

amat sedap. cuba la buat. hehehe

August 15, 2010 at 9:35 PM
Tomato Gurl's Life said...

salam..ni my favret...kalau cik tom nak share kt blog cik tom boleh x??nati mention credit from ur blog :)

August 19, 2010 at 5:11 AM
Azwan@Mr Money said...

boleh aje.... hehehe..... :)

August 19, 2010 at 5:23 AM
Tomato Gurl's Life said...

baik la azwan ni..okay nati cik tom promote sekali ur contest tu ek...hehe..tenkiu :)

August 20, 2010 at 9:01 PM
Azwan@Mr Money said...

sama2... dtg lagi.. hehehe

August 20, 2010 at 10:39 PM
mysarah said...

alamak my peberet nih. terus rasa nak masak untuk berbuka!

August 29, 2010 at 11:52 PM
Azwan@Mr Money said...

hehee.... klu dah buat tu jgn lupa kasi sini sikit. hehehee

August 30, 2010 at 2:38 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com