Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre47:::Kuih Beronok Kuih Tradisi

Sunday, August 15, 2010



Kuih Beronok nama di beri oleh Rakyat Terengganu. Kalau di negeri lain, kuih ini dipanggil kuih biji sagu. Kuih ini sangat enak dimakan teruma sekali untuk sarapan pagi dan ditambah pula dengan secawan kopi atau teh. Disebabkan sekarang iailah bulan puasa, jadi agak mustahillah jika kuih ini dijadikan sarapan pagi. Namun, kuih beronok ini boleh dijadikan pemanis mulut ketika berbuka puasa. Kalau anda semua mempunyai masa terluang boleh la mencuba resipi di bawah. Bagi yang tidak berkesempatan pula, cuba cari di bazar Ramadhan terdekat. InsyaAllah ada dijual.

Bahan-Bahannya:
1 cawan sagu biji
3 cawan air
1 cawan gula
1/2 biji kelapa parut (muda)
sedikit garam ( gaulkan rata)
pewarna merah
daun pandan (simpulkan)

Cara
1. Sagu biji dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya.
2. Masakkan gula dan daun pandan dengan air hingga hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
3. Masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang.
4. Bila sagu kembang angkat dan masukkan dalam loyang. Sejukkan
5. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan garam.
6. Hidangkan.

2 comments:

Hezesuze said...

ishh smpai skrg weols xpernah lagik try makan kuih sagu nie..sedap ke?? hehehehe

August 15, 2010 at 8:57 PM
Azwan@Mr Money said...

sedap.... hehehe... rasa die manis2 campur ngan lemak klape tu..... hehehe

August 15, 2010 at 9:31 PM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com