Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre48:::Sepetang di Bazar Ramadhan

Monday, August 16, 2010



Salam 1 Malaysia buat semua disana. Hampir seminggu dah kita berpuasa. Bagaimana perkembangan setakat hari ini? Penuh atau separuh-separuh? Puasa jangan tak puasa, nanti tak boleh raya. Hari nie nak cerita pasar Bazaar Ramadhan pula. Kalau berbuka di rumah selalu berbuka dengan masakan yang mak masak. Tapi disebabkan berada di tempat orang, jadi Bazar Ramadhan lah tempat mencari juadah berbuka. Kalau emak yang masak, kita makan je apa yang tersedia, tapi kalau pergi Bazar Ramadhan mesti rambang mata kan? Macam-macam makanan ada. Warna dan bau makanan yang dijual semua membangkitkan nafsu selera yang amat tinggi. Walaupun warna yang lebih meneyrlah dari rasa, namun kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.

Dulu teringat zaman kecik-kecik. Dalam sebulan berpuasa tu, mesti ada sehari kami akan berbuka di luar. Destinasi yang menjadi pilihan kami ialah berbuka di Taman Shahbandar. Sambil menunggu waktu berbuka kami dapat menghirup udara segar di tanjung Kuala Terengganu. Apa yang istimewa bila berbuka di Taman Shahbandar ini ialah, kami dapat mendengar bunyi bedil iaitu sebagai tanda waktu maghrib telah tiba sekaligus masuknya waktu berbuka bagi kawasan sekitar Kuala Terengganu.

Terdapat juga Bazar Ramadhan berdekatan Taman Shahbandar yang menjual pelbagai jenis lauk pauk, kuih muih, dan bermacam-macam lagi. Pelbagai pilihan dan harga yang ditawarkan oleh para penjual. Jadi kepada sesiapa yang sempat berbuka di Kuala Terengganu singgahlah di bazar-bazar berdekatan untuk membeli juadah berbuka puasa.





2 comments:

Hezesuze said...

mmg pergi mana2 bazar ramadhan pasti mata rambang uols...
tpi weols pegi pun just beli air + tepung pelita my peberet..ngeee

xsuke membazir nnti dah kenyang xjamah langsung makanan yg dibeli..huhu

August 16, 2010 at 7:04 AM
Azwan@Mr Money said...

Heheh.... betul2x.... Duk tempat org nie kena pandai berjimat. Beli apa yang patut jea. kalau ikotkan, semua nak beli, tapi tak termakan plak nanti. Nikmat bulan puasa, mkan sikit dah kenyang. :)

August 16, 2010 at 7:35 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com