Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre49:::Ekspedisi ke Mini Zoo Kemaman

Monday, August 16, 2010




Mini Zoo Kemaman merupakan sebuah zoo yang baru buka pada tahun 2009. Zoo ini terletak di Bukit Takal, Kemaman. Dikhabar, zoo ini merupakan zoo terbesar di Pantai Timur semenanjung Malaysia. Zoo ini menempatkan pelbagai jenis haiwan daripada 100 spesies, termasuk beruang, seladang (Malayan Gaur), kijang (rusa menyalak), kambing liar, orangutan utan, buaya dan harimau.

Zoo ini juga berfungsi sebagai tempat pemulihan dan pemuliharaan haiwan liar yang kian pupus di negara kita. Zoo yang berkonsepkan zoo terbuka nie mampu mengekalkan keaslian panorama hutan kepada para pengunjung.

  • Dibuka secara rasmi pada 11 April 2009
  • Harga promosi tiket RM5 untuk dewasa dan RM3 bagi kanak - kanak.
  • Jumlah pengunjung sejak dibuka seramai 114,000 orang dan kutipan tiket mencecah RM550 ribu.
  • Lebih daripada 200 jenis herba terdapat dikawasan ini.
  • Pada masa ini terdapat 74 spesis haiwan dan burung dengan hampir 200 ekor haiwan berada di zoo ini.
  • Keluasan zoo ini sekitar 15 hektar dan kerja-kerja memagar kawasan untuk dibesarkan kepada 120 hektar sedang dijalankan.
  • Zoo berkenaan bersempadan dengan habitat kunang-kunang yang terkenal di Kampung Yak Yah.
  • Antara haiwan yang dipamerkan seperti harimau, gajah, burung merak, beruang serta ikan naga atau ‘arapaima gigas’ sepanjang hampir tiga meter.


Lagak Merak yang mempersona


Melihat haiwan dengan jarak dekat



Ikan Araipama Gigas


Ikan Air Tawar Terbesar


Nikmati Keindahn Alam Semulajadi

2 comments:

nur_eimi said...

menarik gak..xpernah g lagi walaupun kampung kat kemaman..lgpun tempat ni baru bukak yek..last blk 2008..insyakAllah if berkesempatan tahun ni nur g yek..

August 18, 2010 at 7:36 PM
Azwan@Mr Money said...

a'aa bru bukak tahun lepas, nanti berkesempatan singgah la ye. best. hehehe

August 19, 2010 at 2:14 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com