Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre54:::Para Peserta Contest 'Jom Ke Terengganu'

Monday, August 30, 2010



Salam kepada semua para bloggers, bertepat pada jam 00.00 tengah malam, Contest 'Jom Ke Terengganu dengan rasminya telah ditutup. Alhamdulillah seramai 43 orang peserta telah menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah yang tidak seberapa ini. Mr Money ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang meluangkan kan masa mereka bagi mencipta slogan-slogan yang best-best belaka. Tak lupa juga kepada 'follower-follower' blog Terengganu Permata Hati.

Perhatian kepada semua peserta, Keputusan akan dikeluarkan pada 5hb 09 2010 iaitu pada hari ahad. Mr Money akan pulang beraya di Kampung pada 3hb 09 2010, jadi sempatlah Mr Money ronda-ronda sekitar Terengganu untuk mencari hadiah misteri untuk diberikan kepada Pemenang Utama dan Referrer terbanyak.

Diharap, anda semua mampu bersabar....... :)

Berikut merupakan senarai peserta beserta sloga.....

1-Kak Ngah

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......
Kali terakhir saya ke Terengganu adalah pada hari perkahwinan adik saya kira-kira 3 tahun lalu. Ketika itu saya tidak berkesempatan menikmati tempat-tempat menarik di Terengganu seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan merasai kemeriahan membeli belah di Pasar Payang.

2- Izryn

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......
Bumi Terengganu ada segala-galanya. Di sana ada buah hatiku, lambang cintaku, keluargaku. Selain dari negeri cantik dan budaya yang menarik, Terengganu ada kedamaian dengan laut yang luas terbentang seluas alam Anugerah Tuhan. Di sana hatiku tertawan.

3- Zai Kulim

CONTEST 'Jom Ke Terengganu' Nama pertandingan
Anjuran Encik Azwan yg Budiman
Terangganu Maju jadi sanjungan
Pulau Redang yg cantek jadi tempat idaman


Saya teringin sangat nak ke Terengganu kerana banyak tempat 2 menarik yang belum saya datang, seperti Taman tamadun islam, walaupun saya pernah datang kesana. Juga teringin nak lawat kakak ipar yang baru pindah ke Jerteh.

5- Nureen

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......
Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke terengganu. Saya sangat teringin pergi ke Pantai Teluk Bidara di Dungun. Kalau saya dapat pergi ke pantai ni, saya nak sangat pergi bersama family, kawan-kawan dan insan tersayang..

6- Aleen Mohamad

Saya suka ke Terengganu kerana,
makanan enak selera tertambat,
keindahan alam mendamaikan jiwa,
masjid tersergam memukau pandangan,
Pasar Payang syurga membeli-belah,
seni budaya tatapan generasi,
loghat tersendiri kebanggaan anak negeri,
batik sutera anggun dipakai,
tenunan eksklusif warisan berzaman,
keropok lekor resepi asli,

7- Jieda

Saya suka ke Terengganu kerana saya telah melihat sendiri bagaimana batik dan songket dihasilkan. Di samping itu juga makanan yang terdapat di Terengganu seperti keropok lekor, satar dan nasi kerabu telah memikat selera saya untuk ke Terengganu sekali lagi.

8- SyidaSyakirin

Saya teringin sangat ke terengganu kerana keindahan pesisir laut dengan bunyi-bunyian ombak menyanyi merdu, benar-benar mengamit hati saya untuk mengunjungi pantainya yang bersih dan penuh dengan karangan laut yang bermacam bentuk dan corak. Tentunya sekali saya tidak mahu terlepas menikmati aktiviti-aktiviti pantai yang pasti mengujakan sesiapa yang berkunjung ke sana.

9- Uncle Syaf

Saya teringin sangat ke Terengganu kerana saya suka akan celoteh penduduknya yang menggunakan loghat yang sangat istimewa didengar, terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga serta keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang & tarian rodat yang tiada ditempat lain & menjadikan ianya istimewa untuk dilihat.

10- Zana

Saya suka ke Terengganu kerana saya suka makan keropok lekor Losong yang sangat sedap sekali.Negeri Terengganu juga mempunyai pemandangan dan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi ramai.Persisiran pantainya yang panjang dan suasana yang tenang akan menarik minat pengunjung dengan keunikan negeri ini.

11- Taufi Idris

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......
Bro lom pernah sampai lagi ke Terengganu
,jika diizankan ingin menikmati keindahan pulau2 sekitar Teranganu..
INDAH SUNGGUH CIPTAAN TUHAN

12- Leyna

saya teringin sangat nak ke terengganu sebab leyna tak pernah pergi terengganu pun...dalam banyk2 negara kat semenanjung ni..terengganu la lina tak pernah pergi...sadis dan tragik kan...kesian je..huhu....nak tahu jugak kehidupan kat terengganu ni mcm mana...

13- Fathin

Saya Suka ke Terengganu Kerana.....
terengganu mempunyai bnyak tempat menarik seperti pasar payang,pantai batu buruk,masjid terapung.barang-barang yang dijual di pasar payang juga sangat murah dan berpatutan.yang paling saya suka di terengganu adalah keropok losong.

14- Mama Zharfan

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana..
http://4.bp.blogspot.com/_gG-_Fn5cI7I/TFXU1AyMMCI/AAAAAAAAKvI/ci25PTtuGDQ/s1600/Masjid_Terapung_Kuala_Ibai.JPG


15- Asma

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana 11 tahun yang lalu, cinta saya berputik disini..
Pantai putih bersih Mengabang Telipot menjadi saksi.
Saat bercanda di Air Terjun Sekayu & Tasik Kenyir bagai baru terjadi..
Masih terasa2 Air Buah Gelas Besar & Keropok Losong yang menjadi identiti negeri.
Keenakkan Sotong Goreng Tepung di Seberang Takir sentiasa dalam memori.
Memori indah di TERENGGANU tetap tersemat teguh di dalam hati..=)

16- Cekkeya

Saya suka ke Terengganu kerana panorama yang indah di Dataran Syahbandar, keindahan Pulau Redang, Perhentian, Tasik Kenyir, Pantai Batu Burok, kesucian Masjid Kristal, keunikan kraftangan dan sutera, tarikan selera tentang keenakan bilis terengganu, telur penyu, keropok lekor dan nasi dagang serta keramahan warga tempatan di Pasar Payang membuatkan diri ini bagai dibuai-buai dengan keindahan Terengganu.

17- Hani

Saya suka ke Trengganu kerana Trengganu Bestttt....paling tak boleh lupa keropok losong yang lembut dan enak kt Kg Losong..paling sedap..cuma kat kedai itu..taman tamadun tu...nak pergi lagi dan lagi..best..pernah sekali minum air gelas besar dgn geng-geng...rindu wooo...

18- Hezesuze

Saya suka ke Terengganu kerana ingin menikmati keindahan pantai-pantainya yang jernih dan juga suka dengan aktiviti snorkelling dimana saya dapat melihat betapa indahnya ciptaan ALLAH swt di dasar laut seperti gamat, berbagai jenis ikan dan juga kehidupan lain yang ada di situ.

19- Nana

Saya Suka ke Terengganu Kerana.....Saya sukakan pantai nya yang cantik & indah..antara salah satu tempat percutian yang ingin saya jejaki ialah pulau perhentian. Selain dari itu di Terengganu terdapat pelbagai jenis makanan kegemaran saya iaitu nasi dagang, keropok lekor & sata, ditambah dengan penduduknya yg ramah sudah tentu saya akan kembali lagi bercuti di terengganu

20- DyaHaha

Saya Suka ke Terengganu Kerana
Terengganu terkenal dengan pulaunya yang indah
Air pantainya yang bersih,
Hutan lipurnya yang nyaman,
Makanannya yang enak,
Penduduknya yang peramah,
Batiknya yang termewah,
Pasar Payangnya yang meriah,
Tradisi ulit mayangnya yang gemalai,
Masjid Kristalnya yang tersergam,
Dan Benderanya yang berkibar megah...

21- Mien

Saya teringin sangat ke terengganu keranaspecialnya Terengganu dimata saya adalah pulaunya. memiliki pemandangan indah dan semestinya menjadi pilihan terbaik utk scuba diving bersama family. perasaan teruja nak naik 'bot penambang' , sambil kunyah kepok lekor, keliling masjid kristal dan tgk penyu bertelur di Rantau Abang.


22- Yan

Saya suka ke Terengganu kerana disana terdapatnya pantai-pantai yg cantik untuk disinggahi dan pulau-pulau yang menarik untuk dilawati sama seperti kampong saya di Mersing. Kalau ada kelapangan dan wang yg mengizinkan pastinya saya akan ke sana lagi.

23- Irwani

Saya suka Terengganu keranaadanya pantai biru laut nan indah menganjur dari Kemaman ke Besut,sambil menikmati suasana matahari terbenam melabuhkan tirai,gugusan pulau menghijau dengan karangan laut,keenakan dan keunikan juadah tradisional tersendiri,serta kesinambungan warisan seni budaya sebagai pusaka.Itulah keistimewaan Terengganu ;)

24- Att

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana kecik2 dulu saya dan family selalu ke timur Malaysia. tapi tau-tau je lah! budak2 sekolah menengah lagi..bukan tau apa sangat. asal dapat berjalan kira puas hati macam SPM 23 A1 la..

25- Nur Eimi

Suka ke Terengganu Kerana....banyak tempat peranginan yg indah terutama pulau2 nyer..xdapat lupe keropok lekor dan satar yg sangat sedap..memang xkan dapat di tempat selain di terengganu..'

26- AkmaFaizal

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......
"saya nak pergi ke pulau-pulau yang kebanyakannya masih belum tercemar dan sangat cantik dengan keindahan semulajadi hidupan lautnya seperti Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Bolehlah menikmati permandangan yang berbeza di dasar laut sambil mengintai Ikan Nemo si comel yang cute."

27- Nadiah

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana nak makan keropok lekor dan sata yang sedap,nak kepantai peranginan yang air nya biru dan sejuk...melihat matahari terbenam disana,sungguh mengasyikkan..harap satu masa nanti dapat jejakkan kaki la...insyallah

28- Lynn Hamzah

SAYA TERINGIN SANGAT NAK KE TERENGGANU KERANA SAYA INGIN MENJEJAKI PULAU- PULAU PERANGINAN YANG CANTIK DI NEGERI TERENGGANU DI SAMPING MELUANGKAN MASA UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI SNORKELING SERTA SAYA JUGA SANGAT TERUJA UNTUK MENCUBA AKTIVITI MENCANDAT SOTONG YANG SANGAT POPULAR DI TERENGGANU...

29- Iryani

Saya Suka ke Terengganu Kerana terdapat banyak tempat yang boleh dilawati. Pada tahun 2008, kami telah memilih Terengganu sebagai tempat honeymoon kerana di sana ada:
1. Taman Tamadun Islam
2. Masjid Kristal
3. Seafood yang fresh
4. Terumbu karang yang cantik
5. Laut yang jernih
6. Pulau Perhantian yang nyaman


30- Nina Awis

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana saya tak pernah ke Terengganu dan teringin sesangat pegi Terengganu. orang kate pantai kat Terengganu cantik, siap bole jumpa penyu lagi. mesti best kann kalo dapat pergi bersama yang tersayang!! BEST nyer kalo dapat gi Terengganu!!

31- Roshazzy

Saya teringin sangat nak ke Terengganu kerana aku nak melawat tempat-tempat cun yg ada kat sana. Aku tak berpeluang lagi nak ke Masjid Terapung dan Kristal. Aku jugak tak pernah pergi Pulau Perhentian. Rancang banyak kali tapi tak pernah berjaya jejak. Sedihkan? Sesiapa boleh tolong bawakkan? Teringin!

32- Lynn Johari


Saya suka ke Terengganu keranaPantainya yg bersih,Suasana damai ala kampung serta udara yg segar,Nak tengok sendiri penyu bertelor malam2 kt Rantau Abang,Nak merasa pengalaman sembahyang kt Masjid Kristal yg gah,DANSangat teringin nak berbulan madu bersama suami & anak.

33- Mama Zakwan

Saya suka ke Terengganu kerana ......

Pantai yang bersih, pulau nan indah
Panorama menarik menambat hati
Kalau hendak membeli belah
Pasar Payang sedia menanti

Tenunan songket cantik sekali
Halus buatannya sangatlah teliti
Batik dan tembaga menjadi penyeri
Warisan berzaman menjadi tradisi

34- Elin

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana ingin menikmati keindahan semulajadi pulau² dan pantainya, masjid kristal yg unik, tempat penyu bertelor, keaslian makanan tradisionalnya, tenunan songket yg menjadi simbol keindahan tenunan Melayu. Tertarik juga kepada loghat pertuturan yang unik Alunan muzik yg mengusik jiwa Indahnya Terengganu

35- Cikgu Mardiah

saya suka ke Terengganu kerana negerinya cantik, budayanya menarik. Terengganu ada segalanya...rakyatnya ramah mesra, masyarakatnya kaya adat warisan, produknya istimewa malah berpatutan harganya, makanannya unik dan enak, pantainya indah mempesona, tasiknya memukau pandangan, dan pulaunya bersih lagi jernih airnya.

36- Rozsyah

Saya teringin sangat ke Terengganu - Dungun tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan, terlalu sangat banyak kenangan yang tak mungkin akan luput daripada ingatan. Pulau Perhentian tempat idaman untuk bercuti kerana pantai yang cantik. Terengganu the best place untuk makan ketupat sotong dan keropok lekor.

37- Zueyie

Saya Suka ke Terengganu Kerana.....
pulau-pulaunya yang sangat cantik terutamanya Pulau Lang Tengah, kerana saya seorang penggemar pulau dan alam semulajadi. Makanannya yang memenuhi citarasa saya. Negeri yang kaya dengan kazanah semulajadi. Walaupun sedang membangun tapi masih mengekalkan warisan alam dan tradisi sejati.

38- Emme

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana "telah terlalu lama saya tidak ke terengganu, Last Tahun ke Terengganu adalah tahun 2008, itu pun masa mula-mula saya kenal mr HuB saya, Saya berharap utk menjejakkan kaki ke Terengganu skali lagi dan menjadikan salah satu percutian yg terhebat dalam hidup saya dan itu lah impian saya bersama insan yg saya sayang".

39- Shima

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana......" saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Terengganu ini. Teringin sungguh untuk mempelajari semua aktiviti terutama cara pembuatan batik dan songket di samping dapat menikmati pulau-pulau yang terkenal dan bangunan yang tersegam indah yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia. "

40- Eka

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana hendak menerjah ke dasar lautan yang mampu membuatkan saya terkesima dgn keagungan dan ciptaan ilahi...seperti yg diketahui ramai pulau2 di pantai timur sgt terkenal dgn laut yg membiru. so saya betul2 nak menikmati keindahan pulau yg menjadi daya tarikan utama pelancong . nak nya dua laki bini ni pencinta pulau.buktinya

41- Jesnita

Saya Teringin Sangat ke Terengganu Kerana teruja!! saat menjejakkan kaki ke Pulau Redang kali pertama terus jatuh cinta dgn keindahan dan suasana aman damai..disitu adalah kali pertama sy melakukan aktiviti snorkelling..wpun pada mulanya agak takut..lama2 menjadi seronok..lebih2 lg apabila terjumpa dgn anak ikan jaws dan dpt melihat keindahan dan keunikan batu karang...ciptaan Allah s.w.t..

42- Farina

Saya Suka ke Terengganu Kerana..... saya suka makan keropok lekor terengganu.. lagipun saye suke loghat terengganu, bahasanya kadang2 lembut jek bile dengar.. selain tue, saya sangat teringin untuk pegi ke hutan lipur sekayu kerana saya sangat mencintai alam sekitar.. tue jek ke? ermmm rasenye tue jek kot.. huhu

43- Loue Me

Saya Suka ke Terengganu Kerana Terengganu mempunyai pulau yang sangat indah. Pengalaman ke Pulau Perhentian tidak dapat dilupakan. Saat pertama kali menjejakkan kaki di situ, tiada ungkapan yang terucap kerana terpegun dengan kebesaran-Nya. Saya berharap dapat melawati pulau di Terengganu pada masa akan datang.

44- Miza

Saya nak ke Terengganu kerana tinggalan sejarah batu bersurat memperkenalkan tarian ulek mayang kepada tenunan songket dan keaslian resepi keropok lekor warisan berzaman. Daripada permainan tradisonal gasing dan wau bulan membawa kepada ternakan penyu. Keindahan Pulau mengamit pelancong ke Terengganu.

*********************************************************

3 comments:

LyNn HaMzAh said...

wah ramainya peserta...

August 31, 2010 at 6:27 PM
mama zharfan said...

moga2 ada rezeki me ;)

August 31, 2010 at 8:30 PM
Hezesuze said...

wah ramai gak peserta ye...hope ada luck..kalo xde cuba lagik haha

September 1, 2010 at 7:29 PM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com