Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre45:::Kuih Kayu Kamat Terengganu

Saturday, August 14, 2010

Semasa mencari juadah berbuka di pasar malam Seksyen 17 Shah Alam tadi tetiba terpandang sejenis kuih semacam kuih kayu kamat di Terengganu. Kalau tak silap kuih tu ialah Kuih Pak Tong Ku. Tapi kuih Pak Tong Ku lebih panjang dari Kuih Kayu Kamat Terengganu. Bentuk die pon sedikit berlainan. Kuih Kamat lebih kecik dan berwarna lebih perang. Kuih Kayu Kamat nie memang sedap, tambah-tambah kalau di makan masa panas-panas. Ranggup dan sangat menyelarakan. Rasa macam nak balik Terengganu sekarang je.


nie la pak tong ku tu


Cara nak Buat Kuih Kayu Kamat Terengganu
Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum
3 sudu besar gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 biji telur
375 ml air
Secubit garam
Minyak masak secukupnya

Cara membuat:

1. Satukan gula, garam, soda bikarbonat dan telur. Kacau sebati.
2. Masukkan air, kacau lagi sehingga larut semuanya.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Pastikan ia tidak berpintal atau berketul-ketul. Uli hingga menjadi doh.
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak agar ia tidak melekat, uli dan bentukkan memanjang.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

Mudah dan ringkas....Selamat mencuba!

Sumber : Majalah SAJI

2 comments:

Hezesuze said...

ish 1st time dengar nama kuih camgitu....harus cuba nie...hehe

August 14, 2010 at 10:50 PM
Azwan@Mr Money said...

cuba la, boleh tahan rase, Nanti boleh makan lepas berbuka. hehehe

August 15, 2010 at 6:44 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com