Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre57::: Nasi Dagang Terengganu Disukai Ramai

Sunday, September 5, 2010

The image “http://1.bp.blogspot.com/_fxA23BMuGbk/TAtWm6bgxOI/AAAAAAAAAXM/LgXgTqDB1og/s1600/44.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Resepi Nasi Dagang (Resipi dari tukang masak nasi dagang almarhum ayahanda Sultan Mizan)

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )
  • Untuk nasi:
  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam
  • Untuk lauk:
  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
  • Untuk Kuah:
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
  • Telur rebus: 12 - 13 biji
The image “http://www.friedchillies.com/images/gallery//NasiDagang_1.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Cara-cara

  1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
  4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
  6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.
sumber:myresepi

The image “http://farm1.static.flickr.com/211/456672504_16ee78adfb.jpg?v=0” cannot be displayed, because it contains errors.

Nasi Dagang merupakan salah satu makanan yang menjadi tarikan pelancong ke Terengganu. Menu yang biasanya dijadikan Sarapan Pagi mampu memenuhi selera. Nasi dagang tidak lengkap tanpa gulai ikan tongkol. Nasi Dagang Terengganu amat berbeza dengan nasi dagang di negeri-negeri lain terutama perbezaan dari segi warna nasi itu sendiri. Nasi Dagang di negeri lain berwarna sedikit kemerah-merahan manakala nasi dagang dari Terengganu berwarna putih seperti pulut. Jadi sekiranya anda datang ke Terengganu, cubalah menu wajib negeri Terengganu ini. Sekali cuba pasti nak cuba kali kedua.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com