Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre58:::Pertandingan Pelita Raya 2010

Monday, September 6, 2010

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs633.snc4/59321_1499948393152_1667456795_1204597_92825_n.jpg

Semalam, Mr Money bersama family sempat ke beberapa kampung di Tepoh untuk menyaksikan ribuan pelita yang dipasang dirumah-rumah dikawasan tersebut sempena Pertandingan Pelita Raya 2010. Hampir beribu-ribu pelita yang dipasang di kampung tersebut menggunakan pelita minyak tanah yang diperbuat daripada bermacam-macam barang terpakai seperti tempurung kelapa, buluh, tin, dan bermacam-macam lagi. Setiap rumah dihiasi dengan pelbagai jenis pelita dengan tema tersendiri. Antara tema-tema yang dapat dilihat ialah 1 Malaysia dan 53 Tahun Kemerdekaan. Mengikut salah seorang peserta yang menyertai pertanding tersebut, Johan bagi pertandingan ini akan memenangi wang tuani sebanyak RM1000. Bagi kategori Pintu Gerbang pula, Johan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300. Alhamdulillah, Mr Money sempat mengambil gambar di kawasan tersebut.

Pertandingan Pelita Raya 2010
Program diadakan bagi mewujudkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya dalam mengekalkan tradisional simbahan cahaya lampu
Tema : Alami Suasana Gemerlapan 10,000 Pelita Raya di Kampung Tradisi (Experience the Glittering of 10,000 traditional lights in traditional villages)

Tarikh :
4 -6 September 2010
Masa :
10.00 mlm – 12.00 tengahmalam
Tempat: Kampong Baru, Tepoh
Kampong Raja, Tepoh
Kampung Padang Hangus, Tepoh
Kampung Pagar Ubi, Tepoh
Kampung Tokeng, Tepoh
Penganjur:
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri & Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs634.snc4/59475_1499949313175_1667456795_1204601_3257163_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs314.ash2/59475_1499949273174_1667456795_1204600_6678042_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs314.ash2/59475_1499949193172_1667456795_1204598_1817319_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs314.ash2/59475_1499949233173_1667456795_1204599_2468133_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs612.snc4/59222_1499958793412_1667456795_1204612_4138314_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs309.ash2/58948_1499998394402_1667456795_1204636_4119884_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs313.ash2/59298_1499999594432_1667456795_1204637_1216008_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs613.snc4/59298_1499999634433_1667456795_1204638_3683959_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs614.snc4/59408_1499959393427_1667456795_1204615_2155482_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs314.ash2/59408_1499959433428_1667456795_1204616_7095173_n.jpg

Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik Kanan pada gambar tersebut dan 'view image'

5 comments:

LyNn HaMzAh said...

cantiknya dan meriah sungguh la...kat bandar memang x jumpa la mcm nie...x sabar rasanya nak balik kampung...

September 7, 2010 at 1:50 AM
Fikri Terengganu Paradise said...

Comel gambar pelita nyior tu ... masa amber kecik-kecik dulu pakai tin susu dgn buloh jer buat pelita raya...sumbu pakai tali guni beras :) Selamat berblog!

September 7, 2010 at 3:25 AM
Anonymous said...

Aloh poso tak ponoh ado ati nok berayo... ponohkan dulu poso 2 baru rayo..!!

August 15, 2011 at 1:50 AM
eB said...

mintak izin ambil slhs atu gambar yer.. tq

August 16, 2012 at 1:37 AM
Azwan@Mr Money said...

Boleh2x.... jgn lupe credit. :)

August 16, 2012 at 11:28 PM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com