Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre59::: Satar Ikan Terengganu

Tuesday, September 7, 2010



Satar merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada ikan rebus yang di campur dengan kelapa parut dan beberapa bahan lain. Kuih ini amat sesuai dimakan ketika minum petang bersama secawan kopi atau teh. Kuih yang berbentuk kon yang dibungkus dengan daun pisang ini mudah didapati di pasar malam atau pasar pagi di negeri Terengganu. Bagi mereka yang tidak sempat ke Terengganu bolehlah mencubanya di rumah dengan resepi dibawah.


Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 400 g isi ikan Tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
  • 100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
  • 8 biji buah keras
  • 2 cm halia, dicincang halus
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 150 g kelapa parut putih
  • garam
  • 1/2 camca gula
  • 1 camt belacan
  • 2-3 biji lada merah, dicincang
  • 1-2 camt serbuk lada
  • 1 helai daun salam, dimayang
  • 1 helai daun kunyit, dimayang
  • Daun pisang, dipotong empat segi 20 cm, dilayur
  • Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Cara-cara

  1. Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan.
  2. Bentukan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).
  5. Masa membakarnya, harus bijak dan api jangan terlalu kuat dikhuatiri daunnya hangus dan menjadikan satar tidak enak.

sumber: MyResepi

http://i5.photobucket.com/albums/y152/boo_licious/ramadan%20bazaar/satar-3.jpg

Selamat mencuba. (^-')

2 comments:

LyNn HaMzAh said...

lynn suka sangat makan sata...memang best la...

September 7, 2010 at 8:55 PM
Azwan@Mr Money said...

Me Too.... Hehehehe :)

September 7, 2010 at 9:03 PM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com