Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre62::: Budu Selera Tradisi Pantai Timur

Saturday, September 11, 2010



Salam buat semua, Hari nie dah termasuk hari ke-3 kita menyambut Hari Raya aidilfitri & hari nie pula tergempar dengan kes kematian Datuk Sosilawati iaitu jutawan produk kecantikan. MasyaAllah, apa nak jadi ngan dunia sekarang. Mudah-mudah Allah berikan balasan kepada mereka yang terlibat dalam kes ini.

Balik kepada tajuk post kali ini. Dalam tempoh tiga hari beraya nie, perut asyik penuh je dengan bermacam-macam hidangan yang amat sedap. Ketupat, rendang, lemang, nasi minyak, nasi dagang dan banyak lagi menjadi santapan dari rumah ke rumah. Kadang-kadang sampai tak terjamah kuih muih yang terhidang dan tersusun rapi di atas meja. Selalu sangat makan nasi minyak & nasi dagang, rindu pulak kat nasi putih berlaukkan budu. Budu memang best.



Masa duk kat umah, selalu suruh mak masak nasi skali ngan kuah singgang untuk makan sekali ngan budu. Lagi best bila makan ramai-ramai. Selera makin menjadi-jadi. Siap tambah sampai dua tiga empat kali. Orang suka makan budu ni dengan ulam-ulaman seperti pucuk ubi rebus, pucuk gajus, ulam raja, dan macam-macam lagi. Ada juga yang makan budu ni dengan ikan rebus, tapi Mr Money plak suka makan budu cicah ngan ikan goreng. Best......



Kalau nak membangkitkan lagi rasa budu, tambahkan bahan-bahan seperti tempoyak, limau nipis, cili dan bawang. Marvelous..... Sambil menaip entry nie, sambil Mr Money tertelan air liur. Hari nie nak suruh mak masak nasi putih la. Boleh makan ngan budu.

Opssss.... lupa nak bagi tahu, apa itu budu. Budu nie ialah sos bilis yang diperap bersama beberapa bahan lain seperti kulit kayu manis dan lain-lain. Budu ini amat popular di negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Jika datang ke Terengganu, jangan lupa mencuba ye.


0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com