Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre63:::Lagenda Penyu Batu Di Rantau Abang

Sunday, September 12, 2010


http://chemistry.csudh.edu/faculty/jim/cozumelaug06small/turtle4.jpg

Terletak pada jarak 22 km dari utara K. Dungun dan 80 km dari selatan K. Terengganu merupakan salah satu lokasi yang sering menjadi tarikan pelancong ke Terengganu. Lokasi yang terkenal dek kerana pendaratan beberapa jenis penyu untuk bertelur telah dinaik taraf oleh kerajaan Terengganu sebagai lokasi pelancongan di Negeri Terengganu. Pada suatu ktika dahulu, Rantau Abang telah menjadi lokasi paling popular bagi pendaratan penyu terutama pada bulan Jun & Julai untuk bertelur. Keadaan pantai yang berlereng curam dan lurus ke laut memudahkan penyu-penyu untuk mendarat. Hal ini membolehkan penyu mendarat dengan lebih mudah tanpa memerlukan banyak tenaga.

http://nuni.nuraina.com/wp-content/uploads/2008/10/02-jambu-bongkok-700x467.jpg

sekitar 1950-an, hampir 11000 penetasan dilaporkan di Rantau Abang. Namun, jumlah penetasan telah berkurang dari tahun ke tahun. Walaubagaimana pon, kerajaan Terengganu telah berusaha menangi masalah ini dengan mendirikan pusat penyelidikan dan penetasan penyu. Telur-telur penyu akan dijaga sehingga ia menetas dan anak-anak penyu akan dilepaskan kelaut. Antara spesi yang pernah mendarat di Pantai Malaysia ialah:-

http://www.boostdam.net/stories/DermochylescoriacesbyRogerLeguen.jpg

Terdapat 7 spesies penyu di dunia pada masa ini dan empat daripadanya mendarat di pantai-pantai di Malaysia.Empat spesies penyu tersebut ialah :
  • Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
  • Penyu Agar (Green Turtle)
  • Penyu Karah (Hawksbill Turtle)
  • Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle
Ciri-ciri dan biologi penyu:
  • PENDENGARAN – tulang tunggal di dalam telinga untuk mengesan gegaran bunyi
  • PENGLIHATAN – Melihat dengan jelas di dalam air tapi rabun jauh semasa di daratan
  • BERNAFAS UDARA – P.Belimbing boleh menyelam hingga lebih 100meter untuk cari obor-obor. P.Agar boleh menyelam hingga 5 jam, P. Karah hanya 35 – 45 minit.
  • PERILAKU SOSIAL – Penyu berkumpul untuk mengawan dan sesetengahnya berhijrah ke kawasan bertelur. Sebaliknya anak penyu akan hidup bersendirian hingga matang.
  • Penyu jantan dan betina tidak boleh dibezakan secara luaran hingga mereka mencapai kematangan. Penyu jantan akan mempunyai ekor yang lebih panjang & besar
  • P. Belimbing adalah penyu terbesar. Rekod terbesar pernah ditemui – seberat 916 kg
  • Hanya penyu betina naik ke pantai untuk bertelur. Sebaik sahaja bertelur, ibu penyu akan meninggalkan sarang buat selama-lamanya.
  • Bertelur purata 5-8 kali semusim (selang masa 2 minggu setiap peneluran)
  • Mengambil masa 20 – 50 tahun untuk matang
  • Hanya seekor daripada 1000 – 5000 tetasan diramal berjaya hidup ke peringkat matang.
info selanjutnya sila layari turtlemalaysia

Selain itu, Rantau Abang juga terkenal dengan sejarahnya tersendiri. Jika anda ke Rantau Abang, anda bolehlah melihat sendiri Batu Penyu yang terletak di Bukit Che Hawa, Rantau Abang. Batu Penyu Gergasi ini dikatakan sebab utama mengapa penyu-penyu memilih Rantau Abang sebagai tempat untuk bertelur.

http://chenpn.com/photoblog/images/20080411220531_turtle_rock.jpg

jika anda ke Rantau Abang, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat menginap. Terdapat pelbagai pilihan seperti rumah rehat, chalet, motel yang disediakan di kawasan tersebut. Selain itu juga, kemudahan awam turut disediakan oleh pihak kerajaan bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung.

http://madaerah.org/news/images/turtle_2.jpg

http://chemistry.csudh.edu/faculty/jim/cozumelaug06small/turtle2.jpg

http://chemistry.csudh.edu/faculty/jim/cozumelaug06small/turtle5.jpg

http://chemistry.csudh.edu/faculty/jim/cozumelaug06small/turtle6.jpg

http://chemistry.csudh.edu/faculty/jim/cozumelaug06small/turtle3.jpg

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com