Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre65::: Hutan Lipur Sekayu Mendamaikan

Monday, September 13, 2010

Hitan Lipur Sekayu merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan para pengunjung terutama pada musim cuti sekolah. Hutan tropika yang kaya dengan khazanah alam yang tidak ternilai memberikan ketenangan kepada para pengunjung. Air terjun Sekayu terletak kira-kira 22 kilometer dari pekan Ajil dan 16 kilometer dari pekan Kuala Berang. Kuala Berang merupakan pusat pentadbiran daerah Hulu Terengganu yang pesat membangun dewasa ini. Perjalanan dengan kereta dari pekan itu ke Air Terjun Sekayu mengambil masa kira-kira setengah jam. Pengunjung akan menempuh perkampungan Melayu tradisional seperti Kampong Padang Setar, Kampong Sekayu dan Kampong Bukit Gemuroh.

Terdapat pelabagi kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjun. Tempat letak kenderaan telah disediakan di hadapan pintu masuk Hutan Lipur Sekayu. Pengunjung perlu berjalan kaki untuk masuk ke Hutan Lipur Sekayu bagi mendekatkan para pengunjung dengan suasana hutan tropika. Di bahagian hadapan juga terdapat zoo mini yang menempatkan beberapa jenis haiwan seperti rusa, monyet, burung-burung dan pelbagai lagi. Selain itu juga pondok, tempat persalinan, sumber air bersih turut disediakan kepada pengunjung.

Hutan Lipur Sekayu ini juga terkenal dengan air terjun yang bertingkat dan setiap tingkat menjanjikan panorama dan kenikmatan yang berbaza. Tingkat teratas merupakan kawasan yang mempunyai air terjun yang paling tinggi. Namun kawasan tersebut merupakan kawasan larangan bagi orang awam bermandi manda kerana airnya agak dalam. Airnya yang jernih dan dihiasi dengan tumbuhan hijau memberikan satu permandangan yang amat menyegarkan. Malah, menjadi faktor utama bagi mengamit para pengunjung ke Hutan Lipur Sekayu.

http://farm4.static.flickr.com/3385/3548823424_c370b2f333.jpg


Bagi mereka yang meminati sukan rekreasi seperti meredas hutan, mendaki, dan berkayak. Hutan Lipur Sekayu mungkin menjadi lokasi terbaik yang perlu anda lawati. Kemudahan seperti tapak perkhemahan, surau, tandas awam turut disediakan. Bagi mereka yang meminati sukan berkayak, anda bolehlah mencuba jeram-jeram yang terdapat di kawasan tersebut. Semestinya anda tidak akan menyesal berada di Hutan Lipur Sekayu.

Selain itu, terdapat Taman Orkid, Taman Aroma dan Taman Herba yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan hutan yang terdapat di kawasan tersebut. Terdapat pelbagai jenis tumbuh herba yang ditanam seperti Tongkat Ali, Misai Kucing, Kacip Fatimah dan banyak lagi. Malah, para pengunjung dapat mengenal pasti jenis-jenis pokok termasuk khasiat dan kegunaan pokok tersebut. Dalam Taman Orkid pula, para pengunjung dapat melihat pelbagai jenis orkid yang dulunya tumbuh meliar di hutan tersebut. Bunga-bunga orkid yang cantik mampu menarik perhatian para pengemar tanaman hiasan. Aroma yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan tersebut mampu memberikan kesegaran berpanjang kepada para pengunjung. Tidak lengkap jika anda ke Hutan Lipur Sekayu tanpa ke salah satu taman tersebut.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan jalan di Terengganu. Anda tidak perlu risau kerana terdapat papan tanda arah di sepanjang jalan bagi memudahkan para pengunjung ke destinasi tersebut.



Tarikan terbaru di Taman Pertanian Negeri Sekayu yang mampu menggamit lebih ramai pengunjung adalah kolam renangnya. Air yang mengalir dari kawasan hutan berbukit berhampiran disalurkan ke dalam kolam itu. Terdapat dua buah kolam yang masing-masing dengan kedalaman dua dan empat kaki dibina untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, sudah tentu akan teruja berendam di dalam kolam yang dingin lagi menyegarkan itu. Rama-rama dengan rona-rona cerah seperti kuning, biru dan hijau turut terbang riang menyerlahkan lagi keindahan yang sering menjadi buruan sejak berzaman.

http://phototrekkembara.files.wordpress.com/2008/05/dsc_0248-web.jpg?w=477&h=317


Galeri Photo



http://farm4.static.flickr.com/3315/3548014271_05cb0e025f_z.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3065/3808444994_9465c4bd8b_z.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2597/3808441990_c605bb83c8_z.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2460/3808440736_a52591b26e_z.jpg




0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com