Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre66::: Pulau Rhu Tarikan Baru Di Terengganu

Tuesday, September 14, 2010





Bercakap tentang pulau di Terengganu, mesti anda akan mengambarkan keindahan Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Kapas. Hal ini kerana pulau-pulau ini tercatat dalam peta pelancongan Malaysia. Namun masih ramai yang tidak sedar akan kewujudan pulau-pulau lain di Terengganu. Salah satunya ialah Pulau Rhu yang terletak di Besut.

Walaupun tidak tercatat dalam peta industri pelancongan negara ini. Namun, diyakini bahawa pulau ini mampu memberi kepuasan dan keseronokan yang setanding dengan pulau-pulau lain. Pulau Rhu terletak kira-kira 15 batu nautika dari pelabuhan kecil Kuala Besut, di utara Terengganu. Usaha bagi membangunkan pulau ini sedang giat dijalankan oleh kerajaan negeri kerana khazanah alam yang belum diterokai sepenuhnya ini mampu menarik ramai pelancong ke Terengganu.

Perjalanan ke situ menggunakan bot laju dari terminal pelancongan di Kuala Besut dengan mengambil masa kira-kira 20 minit dan 30 minit bot biasa yang menyusuri pantai sudah cukup memikat pelancong sambil melihat keindahan pemandangan tanah besar.

Pulau Rhu ini turut mempunyai keindahan yang sama dengan pulau-pulau lain. Pantai yang berpasir putih dan air yang jernih mampu menambat hari para pengunjung. Malah, bagi mereka yang meminati sukan air seperti menyelam, dan memancing, eloklah ke Pulau Rhu kerana terdapat pelbagai jenis spesis ikan dan terumbu karang yang boleh anda temui di sini.

Mereka yang berminat dan ingin mencuba kegiatan itu sambil beriadah di Pulau Rhu boleh menghubungi PNKB di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Kuala Besut, Terengganu atau menerusi talian 09-6956146/6956623 atau faksimili 09-6956282.

Pelbagai kemudahanpengankutan disediakan untuk ke Pulau Rhu. Anda perlu menggunakan pengangkutan darat seperti bas, teksi untu k Jeti Kuala Besut kemudian anda boleh mendapatkan bot di terminal pelancongan dengan caj tambang bot pelancong biasa RM15 (pergi/balik) dan bot laju RM20 (pergi/balik).

2 comments:

E K A said...

dear...pulau ni buka tak disember nanti

September 14, 2010 at 11:36 PM
Azwan@Mr Money said...

Pulau Rhu nie, xde chalet.... klu nak pg bleh stay kat Keluang Beach Resort. Tapi bulan disember semua pulau kat Terengganu akan ditutup buat sementara kerana musim tenkujuh.... x silap dari akhir bulan 11 hingga bulan 1.

September 14, 2010 at 11:48 PM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com