Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre68::: Muzium Terengganu Muzium Terbesar Di Malaysia

Thursday, September 16, 2010


Muzium Terengganu merupakan Muzium Terbesar di Malaysia. Muzium ini meliputi kawasan seluas 27 hektar dan bersebelah dengan Sungai Terengganu. Musium ini mempunyai 4 blok bangunan utama yang menempatkan pelbagai jenis artifak dan hasil tinggalan lama masyarakat Terengganu. Musium ini terletak di Bukit Losong iaitu sekitar 6km dari Kuala Terengganu.

Muzium ini dengan rasminya telah dibuka pada20 April 1996 oleh Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah, Sultan Terengganu. Musium ini terbahagi kepada beberapa galeri yang menempatkan pelbagai jenis pameran kepada orang ramai. Antara galeri-galeri yang terdapat di Musium Terengganu ialah Galeri Tekstil, Galeri Petroleum, Galeri Sejarah, Galeri Kraftangan, Geleri Kesultanan, Galeri Islam, dan galeri Sejarah Alam. Selain itu, terdapat juga Musium Maritim dan beberapa buah rumah tradisional Terengganu yang dibina di dalam kawasan Musium Terengganu.


Galeri Tekstil
Geleri ini menceritakan sejarah perkembangan tekstil di Malaysaia. Testil yang dihasilkan oleh penduduk tempatan di Malaysia seperti songket, batik dan banyak lagi. Pengunjung boleh mempelajari salasilah pembutan dan pemggunaan kain-kain tersebut pada masa dahulu. Malah kain-kain tersebut kini boleh didapati di kedai-kedai kain sekitar Malaysia terutama Terengganu.


Geleri Kesultanan
Galeri ini mengimbau kembali zaman kegemilangan kesultanan Melayu pada zaman dahulu. Mempamerkan pelbagai jenis peralatan dan koleksi-koleksi dari Istana yang digunakan oleh kesultanan dahulu. terdapat juga potret-potret pembesar-pembesar serta Sultan-sultan terdahulu.


Galeri Kraftangan
Galeri ini memamparkan barang-barang yang diusahakan oleh penduduk tempatan pada masa dahulu. Galeri ini akan mengajar anda bagaimana menghargai hasil seni tradisional turun temurun. Hasil kraftangan seperti Tikar mengkuang, Tembaga, perak dan banyak lagi dapat anda lihat di geleri ini. Disamping itu, anda juga dapat melihat senjata lama yang digunakan oleh masyarakat tempatan seperti Keris, Lawi Ayam, SUndang dan Kuku Harimau.


Galeri Sejarah
Galeri ini membawa anda melalui beberapa siri peristiwa masa lalu bersama-sama dengan artifak yang menampilkan tokoh-tokoh terkenal dan legendaris yang telah berjaya mencipta sejarah.

Galeri Petroleum
Galeri Minyak adalah salah satu penyumbang utama pendapatan bagi negara. Memamparkan sejarah minyak di bumi Malaysia dan model rig minyak pertama yang terletak di tengah laut Laut China Selatan, Terengganu.



Galeri Islam
Batu bersurat yang dijumpai menunjukkan propagasi Islam dan kewujudan tulisan Jawi di wilayah ini. Artifak berkaitan yang lain juga dipaparkan di sini.


Galeri Sejarah Alam
Galeri Sejarah Alam menggambarkan banyak sumber daya alam seperti mineral, batuan, flora dan fauna yang ditemui di negara bahagian Terengganu. Banyak artifak ini menunjukkan cara hidup orang beberapa dekad yang lalu.

Dalam Muzium Maritim pula pengunjung dapat melihat beberpa jenis bot tradisonal yang digunakan oleh masyarakat zaman dahulu. Ukiran dan senibina pada bot sangat halus dan pilihan kayu yang bermutu juga adalah kesenian yang sangat unik dapat dilihat.

Selain itu, dibahagain belakang muzium Terengganu, terdapat beberapa buah rumah tradisonal dapat anda lihat. Antaranya ialah, rumah Limah, Rumah Tele, Rumah Bujang, Rumah Berserambi Besar dn Istana Tengku Long.

Muzium Ini berdekatan dengan Pulau Wan Man dimana terletaknya Taman Tamadun Islam, jadi kepada sesiapa yang ingin ke Taman Tamadun Islam, singgahla sebentar di Muzium Terengganu.





Peta Muzium
http://amy.cematrix.net/wp-content/uploads/2009/05/43muziuml.jpg
Sumber gambar- Portal Rasmi Muzium Negeri Terengganu

Lokasi Muzium

Muzium Terengganu, Malaysia
Bukit Losong
20566 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia
Tel: +6 09 622 1444

Masa Beroperasi
Sabtu Hingga Khamis
->9.00 am-5.00 pm

Jumaat9.00
->am-12.00 pm3
->pm-5.oo pm

Harga Tiket
Rakyat Malaysia
Dewasa=RM2, Kanank-kanak=RM1

Pelancong Asing
Dewasa=RM5, Kanak-Kanak RM2


Galeri Photo

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs324.ash2/60405_1512727112612_1667456795_1232385_732704_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs312.ash2/59275_1512727472621_1667456795_1232388_8002923_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs632.snc4/59275_1512727512622_1667456795_1232389_3436163_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs312.ash2/59275_1512727392619_1667456795_1232386_7833335_n.jpg


0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com