Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre69::: Majlis Akad Nikah Di Masjid Terapung

Friday, September 17, 2010



Salam 1 Malaysia kepada semua, semalam Mr Money ke Masjid Terapung sempena majlis akad nikah sepupu Mr Money. Masjid Terapung ini nama sebenarnya ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Masjid ini terletak di Kuala Ibai iaitu 20 minit dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kami bertolak dari rumah pada jam 9.00 am kerana majlis akad nikah akan didiadakan pada jam 10 am. Masjid Terapung ini dipilih sebagai tempat berlangsungnya majlis akad nikah kerana terletak berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna seperti yang dirancangkan.

Pengantin lelaki iaitu Mohd Rozairi Hilmi Mat Yaya telah sempurna diijab kabul dengan pasangannya iaitu Tuan Ramlah dengan sekali lafaz. Ini ialah kali pertama Mr Money melihat upacara akad nikah. Difahamkan adat perkahwinan Terengganu lebih mudah berbanding adat-adat di negeri lain. Jadi jika ingin berkahwin, carilah wanita dari Terengganu. Hehehe....

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs329.ash2/60957_1512954358293_1667456795_1232946_7363456_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs669.snc4/60957_1512954398294_1667456795_1232947_3799704_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs682.snc4/62249_1513016719852_1667456795_1233025_7898433_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs660.snc4/60079_1513018919907_1667456795_1233029_5286837_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs329.ash2/60957_1512954438295_1667456795_1232948_3382193_n.jpg
Pengantin Baru

Kronologi Majlis Akad Nikah
9.00 am -Bertolak Ke Masjid Tengku Tengah Zaharah(Masjid Terapung)
9.30 am -Berkumpul di Hadapan Masjid sambil menunggu sanak kelurga yang lain
10.00 am -Ketibaan Tok Kadi
10.05 am -Masjlis Akad Nikah berlangsung
10.30 am -Majlis Akad selesai
10.35 am -Jamuan Makan
11.00 am - Majlis bersurai

Sebelum bersurai Mr Money sempat mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan ke dalam Blog Terengganu Permata Hati untuk dikongsikan dengan pelawat sekalian.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs340.ash2/62068_1512953118262_1667456795_1232942_6553255_n.jpg

Info tentang Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid yang seolah-olah terapung di atas air ini telah dibina diatas tanah yang ditebus guna seluas 5 ekar di teluk Ibai Kuala Terengganu dan dapat menampung ahli gariah dan jemaah dari beberapa perkampungan sekitar para pengunjung serta musafir.

Pembinaan adalah hasil cetusan idea Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafilbillah Shah. Nama masjid tersebut diambil sempena nama Al Marhum bonda baginda dan baginda juga telah berkenang menyumbangkan sebahagian daripada dana untuk pembinaan masjid tersebut

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs329.ash2/60957_1512954278291_1667456795_1232944_4608743_n.jpg
Keindahan Senibina Islam

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs329.ash2/60957_1512954318292_1667456795_1232945_2252759_n.jpg
Dikelilingi oleh tasik air masin yang jernih dan terdapat pelbagai jenis ikan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs659.snc4/59944_1512956718352_1667456795_1232950_2170009_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs639.snc4/59944_1512956758353_1667456795_1232951_1809027_n.jpg
Ruang dalam masjid

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs639.snc4/59944_1512956798354_1667456795_1232952_3157700_n.jpg
Cantik dan Mempersona

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs639.snc4/59944_1512956838355_1667456795_1232953_3086586_n.jpg
Keagungan Senibina Islam

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs639.snc4/59944_1512956878356_1667456795_1232954_5285053_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs319.ash2/59944_1512956958358_1667456795_1232955_412400_n.jpg
Sesuai dijadikan lokasi 'Photo Shot' seperti gambar-gambar perkahwinan

Nota Kaki:-
-Sumber Gambar diperolehi sendirinya mengunakan DLSR Canon EOS 1000D
-Untuk besarkan gambar, sila klik Kanan pada gambar tersebut dan 'view image'

2 comments:

Hezesuze said...

amboii nak kawin kene carik wanita tganu ek...jauh tu nak mengantar nnti....huhu

nice picta.. :)

September 17, 2010 at 8:10 PM
Azwan@Mr Money said...

hehehe.... klu dah berkenan apa salahnya. huhuhu..... thanks

September 18, 2010 at 3:26 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com