Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre71::: Tebu Mountain Challenge 2010

Monday, September 20, 2010


Kepada sesiapa yang meminati aktiviti sukan lasak yang mencabar ketahan fizikal dan mental , anda dijemput untuk menyertai pertandingan larian mendaki Gunung Tebu sejauh 14km yang bakal diadakan pada 24-25 september 2010 nanti. Dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak Rm30,700.00. Disamping itu, terokai keindahan alam semulajadi dari Pucak Gunung Tebu iaitu pucak tertinggi di Negeri Terengganu ketinggian kira-kira 1,037 meter (m) dari paras laut. Alamilah sendiri pengalaman mendaki Gunung Tebu yang penuh dengan keunikan dan sejarah tersendiri

http://2.bp.blogspot.com/_kxoCTzLnWNA/TJbGVJ-VLtI/AAAAAAAABM0/OyujA3xH_s0/s640/FLYERS+Tebuchallenge.jpg

Cabaran Mendaki Gunung Tebu

Kategori Yang Dipertandingkan:-
Terbuka Lelaki & Wanita (18-44Tahun)
Master Lelaki & Wanita (44 Tahun Keatas)
Pelajar 13-20 Tahun

Tarikh:
24-25 Sept 2010

Tempat:
Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu

Anjuran:
Kerajaan Negeri dengan kerjasama
Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu

Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:-
Sekreteriat TMC 2010
012-9297837/014-8378048
019-9178000/019-9359358
trgtmc2010@gmail.com


Info Gunung Tebu
Hutan Lipur Lata Belatan. Merupakan Hutan Simpan Kekal dibawah pengurusan Bahagian Rekreasi dan Hutan Libur Jabatan Hutan Negeri Terengganu. Merupakan Hutan Simpan Kekal dan tertakluk dibawah akta Hutan simpan dan Hutan lipur. Mana-mana pengunjung yang memasuki kawasan ini atau beraktiviti secara bermalam perlu mendapat kebenaran Pegawai Penguasanya. Terlatak di Kampung Kuala Kubang dan 5km dari jalan utama Jertih - Kuala Terengganu (melalui Kg. Jabi. Tempat ini popular kerana ianya merupakan pintu masuk utama untuk pendakian ke Puncak Gunung Tebu (Jarak - 7088m). Puncak Gunung Tebu hanya 1,031m tetapi puncaknya merupakan hutan gunung dengan bermula hutan Dektokarpa pamah. Puncak ini juga dipanggil "Puncak Tanduk Singa Bertala". Terdapat dua tapak perkhemahan utama iaitu Taman Ulu dan Taman Hilir. Paling menarik bagi peminat alam semulajadi, puncak tebu dapat dijumpai pokok periuk kera yang sebesar lengan dan terdapat banyak pokok cina maki atau sering dipanggil pokok bonzai. Menarik juga terdapat pelbagai cerita mistik di gunung tebu terutama pengamal "x-file". Tidak kurang juga penceroboh / pemusnah yang mencari batu permata dan geharu di sini. Dipuncak terdapat pelbagai formasi batu yang dipangil batu pelana, batu sejadah dan batu madrasah. Pendakian ke puncak tebu biasanya ditutup bermula 15Nov-15Jan kerana faktor risiko cuaca. Terutama lintasan sungai pertama ke Sungai Y (Sg Cakah dua). Sesiapa boleh mendaki puncak tebu dengan "day Trip" atau bermalam dipuncak. Puncak tebu menjanjikan panorama yang indah terutama pemandangan pulau-pulau zamrud terengganu (Perhentian, Redang, ru perhentian). Cuacanya nyaman dan sejuk. Sepanjang perjalanan pendaki akan dapat melihat kejernihan air sungai limau yang mengalir dengan warna kebiruan dan kehijaun. Flora dan fauna sukar digambarkan. Terdapat 13 puncak yang perlu didaki untuk kepuncak tebu, tetapi perjalanan ini amat berbaloi.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com