Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre72::: Seni Artistik Batik Terengganu

Wednesday, September 22, 2010




Batik merupakan salah satu hasil seni tekstil yang berkurun lamanya dan sering dikaitkan dengan negeri Terengganu. Kehalusan teknik pembuatan membuatkan batik digemari ramai terutama bagi kaum perempuan dalam penggunaa seharian. Kain batik sering digunakan oleh masyarakat kampung dalam kehidupan seharian mereka sehingga ke hari ini. Batik sering digunakan sebagai penutup kepala, kain sarung, pendodoi anak dan banyak lagi. Malah, kerajaan juga telah memperkenal batik dengan menjadikannya pakaian rasmi bagi pekerja kerajaan pada hari-hari tertentu.

Masyarakat bandar juga tidak ketinggalan dalam penggunaan batik, batik moden telah diubah suai menjadi pakaian seharian seperti baju kurung. Batik yang menjadi identiti negeri kini telah dipasarkan serata dunia. Batik yang dulunya dihasilkan mengguna kaedah tradisonal kini telah diperbaharui dengan penggunaan teknologi moden. Namun, batik yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional lebih tinggi nilainya berbanding penggunaan teknologi moden. Batik sutera merupakan batik yang sering digunakan pakai pada masa kini. Kainnya yang lembut dan tidak panas memberikan keselesaan kepada Si Pemakai.

http://lh6.ggpht.com/_PAbyOaUM74k/SIIhDdX6CqI/AAAAAAAAAEY/oU3x9YB0a08/s514/DSC00087.JPG

Seni Batik

Seni Batik Tulis Seni Batik Terap

Seni Batik
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diaasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas permukaan tekstil. Warna kemudiannya disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama. Keunikan setiap helai ini tambah terserlah dalam seni batik tulis.

Seni Batik Terap
Batik terap merupakan seni batik asal Terengganu yang mempunyai warisan yang lama. Beberapa catatan sejarah merakam penggunaan batik yang berusia lebih daripada seratus tahun. Batik terap menggunakan teknik cap iaitu aplikasi lilin dengan blok cap dan pewarnaan secara celupan ke dalam pewarna. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan batik sarung dan batik lepas yang popular dalam kegunaan harian. Kaedah celupan hanya memungkinkan warna yang sekata dan datar walaupun terapan dan celupan ulangan boleh dibuat untuk mendapatkan warna akhir yang lebih banyak. Kaedah cap dan celup ini memungkinkan pengeluaran batik yang agak cepat untuk pasaran.


Anatomi sehelai batik
Anatomy of a batik piece
Tidak seperti corak batik kontemprari yang banyak dipengaruhi oleh Batik Jawa [sebahagiannya dicetak di Indonesia tetapi diedar di Terengganu sebagai Batik Terengganu] dan corak yang moden dan bebas, Batik Terengganu yang asli mempunyai anatomi yang tersendiri. Sehelai batik mempunyai bahagian-bahagian corak yang khusus dengan panggilan 'patak' [pantat / dasar], kaki dan sebagainya. Penggunaan corak dan warna juga mempunyai kaitan yang rapat dengan anatomi batik tadi.

Batik Terap [dari keping-keping logam ke busana]
Batik Prints (from metal scraps to couture)
Dilihat dari kepingan kain batik yang siap, tidak siapa menyangka yang kisah sehelai batik bermula dari keping-keping logam yang diambil dari tin-tin kosong yang terbuang. Blok cap yang dibuat dari pada keping-keping logam yang dipotong daripada tin-tin yang dibuang inilah yang menentukan corak dan rupa akhir kain batik yang akhirnya dijelmakan pada busana yang indah. Daripada lakaran corak corak batik yang disediakan oleh pereka batik , kepingan-kepingan logam ini dibentuk dan dipateri menurut garis lakaran yang disediakan oleh pereka blok cap. Blok asas ini kemudiannya dilekatkan pada kepingan bingkai papan dan dipasang tangkai. Sepasang [satu set] blok mengandungi beberapa bahagian yang merujuk kepada anatomi kain batik. Penerap kadangkala mengambil bahagian-bahagian berasingan dari sat pasang untuk membentuk corak yang berbeza. Blok yang siap ini sendirinya merupakan satu kerja seni yang halus dan cantik.

http://travel.nst.com.my/Current_News/TravelTimes/article/FeatureStory/20081027151055/insidepix3

"Pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular. Dalam tradisi penulisan tradisi, kain cindai misalnya disebut dalam banyak hikayat-hikayat silam. Batik menjadi hadiah perpisahan dan perlambangan cinta dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan dijadikan tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah. Dalam seni wayang yang lebih terkemudian; dalam filem Sumpah Orang Minyak (P. Ramli 1968) batik dijadikan lambang pernyataan cinta yang terlarang. Dan siapa yang boleh melupakan Ramona berkemban dengan batik lepas bermandi bunga dalam Fenomena (M.Nasir 1996)."


Teknik, bahan dan peralatan seni batik
Batik techniques, material and utensils
Busana dan corak dari zaman ke zaman
Couture and patterns through the ages
Seni Canting [dari lakaran ke busana]
Tjanting Art (from sketch to couture)
Batik Terap [dari keping-keping logam ke busana]
Batik Prints (from metal scraps to couture)

Perkembangan dalam seni batik
"Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia."

Sumber: IKSAS


http://i38.photobucket.com/albums/e103/SkyZhuo/Terengganu%20Top%20Destination/Pasar%20Payang/batikhavenbyRizAinudin.jpg
Batk boleh diperolehi di Tingkat 1, Pasar Payang

http://www.noor-arfa.com.my/images/left.jpgk
Noor Arfa Batik salah satu pengeluar Batik terbesar di Terengganu
Klik Pada gambar untuk pautan ke Web Noor Arfa

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com