Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre73::: Rasai Keenakan Keropok Lekor

Sunday, September 26, 2010



Salam satu Malaysia buat semua. Hari ini jom kita terjah makanan 'feveret' orang Terengganu kite. Sebut je pasal Terengganu mesti ingatkan Keropok Lekor kan? Makanan orang Terengganu kite yang ni memang sedap. Susah nak dapat kat tempat lain. Walaupun ade dijual di negeri-negeri lain, namun keaslian dan kesedapannya jauh berbeza dengan negeri asalnya iaitu Terengganu. Kedudukan geografi Terengganu yang berhampiran dengan Laut China Selatan menjadi punca untuk memperolehi bahan-bahan utama untuk membuat keropok lekor iaitu ikan. Pelbagai jenis ikan digunakan untuk membuat keropok lekor antaranya, ikan parang, ikan selayang, ikan tamban dan banyak lagi. Ikan yang segar menambahkan kenakan pada rasa keropok lekor terebut.

Walaupun Mr Money sudah menetap di Terengganu Hampir 20 tahun. Namun tiada istilah puas untuk makan keropok lekor. Bahkan keropok lekor menjadi makanan yang sering dirindui ketika berada di negeri orang. Untuk pengetahuan semua, emak Mr Money pon merupakan bekas seorang peniaga keropok lekor. Namun, peniagaa tersebut terpaksa dibehentikan kerana emak Mr Money beranak kecil, iaitu adik bongsu Mr Money. Jadi sempatlah Mr Money lihat sendiri bagaimana proses untuk membuat keropok lekor.

Keropok Lekor atau lebih mesra dipanggil Keropok Getel di Terengganu ini diberi nama kerana bentunya yang panjang dan berlekor. Keropok ini boleh didapati di mana-mana kawasan di negeri Terengganu terutama kawasan yang berhampiran dengan pantai.

http://farm1.static.flickr.com/76/226806825_d814143037.jpg

Ramai yang mengemari keropok lekor goreng, tapi masih ramai yang belum mencuba keropok lekor rebus. Keropok lekor rebus amat enak dimakan panas-panas. Keropok lekor bertambah sedap jika dicicah dengan sos lada yang dibuat dengan ramuannya yang tersendiri.

Resepi Keropok Lekor

Bahan-bahan ( 10 org )

  • 1 kilo ikan kembung/ selayang
  • 500 g tepung kanji/ubi @ seeloknya tepung sagu
  • sedikit garam
  • beberapa ketul kiub ais/air batu
  • Air secukupnya (agak2 le)

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya, kemudian tumbuk @ cincang halus2.
  2. Sambil tumbuk halus isi ikan tadi masukkan kiub ais tadi sikit demi sikit.
  3. Gaulkan tepung bersama dengan isi ikan tadi sambil masukkan sedikit garam dan air (agak2 le).
  4. Akhir sekali uli bahan2 tadi bentuk kan menjadi bulat memanjang dan rebus kedalam air mendidih. bila dah timbul angkat , sejukkan dan bolehlah goreng dan makan..
sumber: MyResepi

http://3.bp.blogspot.com/_VMr96ubALtA/TCQvUtoOtGI/AAAAAAAAAo8/MR7zqqEDXxE/s1600/PictureForNewsletterMalaysiaKualaTerengganuMarketFishSausage.JPG

Selain keropok lekor Losong yang dikenali ramai, keropok lekor seberang takir juga antara keropok lekor yang sering diminati ramai. Keaslian rasa ikan segar yang diperolehi dari nelayan tempatan menjadikan keropok-keropok bertambah enak dan lazat. Keropok-keropok ini mudah didapati di Pasar Payang. Harga yang bagi sebatang keropok lekor yang panjangnya lebih kurang 30cm ialah RM1 untuk sebatang.



http://farm3.static.flickr.com/2724/4156520983_4b26f0c1d9_z.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_IrHXMVhANv0/Rn9e8PIrlaI/AAAAAAAAA48/-DZZwkMmQ5o/s400/Chian+(198).jpg
Kedai-kedai Keropok Lekor yang boleh didapati di Terengganu


http://images01.olx.com.my/ui/2/27/04/34642304_1.jpg

Selain Keropok Lekor, Keropok Keping atau Keropok Kering juga adalah snak istimewa dari Terengganu untuk dijadikan makanan ringan pada bila-bila masa. Rasanya yang ranggup sememangnya enak dimakan bersama keluarga.

Antara Kedai-kedai yang sering dikujung Ramai ialah:
-Keropok Lekor Sukaramai, Kg Pengkalan Atap, K. Terengganu.
-Keropok Lekor 007, Kuala Ibai, K. Terengganu.
-Keropok Lekor 008, Kelulut, Marang.
-Keropok Lekor Sri Tanjung, bulit Tok Beng, K. Terengganu.
-Keropok Lekor Sri Losong, L. Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com