Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre74::: Pura Tanjung Sabtu, Warisan Melayu Terengganu

Monday, September 27, 2010



Bukan saja kaya dengan keindahan alam semulajadi, malah Terengganu juga menyimpan pelbagai sejarah yang mampu merungkai pelbagai persoalan yang bermain di benak fikiran. Sejarah yang paling jelas dapat di lihat ialah megenai kewujudan batu bersurat yang di temui di Kuala Berang, telah menjawab persoalan berlaiatan penggunaan penulisan jawi di Malaysia.

Selain, batu bersurat, terdapat pelbagai lagi tinggalan sejarah yang masih belum diterokai oleh generasi muda kini antaranya Pura Tanjung Sabtu. Pura Tanjung Sabtu terletak lebih kurang 14km dari bandaraya Terengganu. Pura Tanjung Sabtu merupakan sesuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu. Difahamkan rumah dan istana tersebut didirikan hampir berusia 100 dan 200 tahun.

http://farm3.static.flickr.com/2004/2231442479_3a307ecb77_z.jpg?zz=1

Rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana di ambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah). Rumah-rumah ini telah dipasang semula pada tahun 1992 dan telah dibaik pulih sebagai homestay pada tahun 1995.

Pura Tanjung Sabtu mendapat nama hasil daripada gabungan daripada perkataan sanskrit iaitu 'Pura' yang membawa maksud istana, kuil atau bandar dengan 'Tanjung Sabtu' iaitu sebuah nama desa di mana Pura Tanjung Sabtu ini telah dibina dengan gaya orang kasar bangsawan istana Terengganu. Jika anda ke Pura Tanjung Sabtu, anda akan melihat keunikan dan kehalusan seni bina tradisonal melayu dalam pembuatan rumah suatu ketika dahulu. Rumah yang dibina dengan sepenuhnya menggunakan kayu ini didirikan sekitar 3 m dari tanah agar dapat mengelakkan dari banjir dan kehadiran binatang buas.

http://farm3.static.flickr.com/2344/2232224878_2ba429034d_z.jpg?zz=1

Rumah-rumah ini didirikan tanpa menggunakan paku tetapi menggunakan pasak. Walaupun tidak menggunakan paku, tetapi rumah-rumah ini masih kukuh hingga ke hari ini. Ini membuktikan bahawa, masyarakat dahulu mempunyai daya kreativiti dalam bidang pertukangan.

http://farm3.static.flickr.com/2325/2231402679_983a0d76d0.jpg
Pandangan atas:Kedudukan Rumah-Rumah Di Tanjung Pura Sabtu

jika anda ke Terengganu, singgah sebentar di Pura Tanjung Sabtu bagi menyingkap sejarah kesenian Warisan Melayu. Rasai pengalaman bermalam di Homestay Pura Tnajung Sabtu yang memberikan ketenangan berkonsepkan suasana kampung yang indah dan mempersonkan.

http://farm3.static.flickr.com/2228/2231362571_c9bde2a4b8_b.jpg

http://farm3.static.flickr.com/2165/2231364987_2cebc1c436_b.jpg

2 comments:

Rashidah Saidi said...

Boleh sy dapatkn maklumat ttg Pura Tanjung Sabtu? Dgn siapa boleh sy hubungi?

March 10, 2016 at 1:24 AM
Rashidah Saidi said...

Mcm mne sy boleg dptkn maklumat ttg Pura Tanjung Sabtu? Dgn siapa sy nk hubungi?

March 10, 2016 at 1:25 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com