Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre75:::Redang Island Clean-Up Day

Tuesday, September 28, 2010



Bertarikh pada 24-26 september baru-baru ini, Berjaya Redang Hotel & Resort telah menjayakan program pembersihan pulau. Program yang dinamakan 'Redang Island Clean-Up Day' telah dimulakan sejak tahun 2007 lagi. Objektif utama program ini dijalankan bagi menyedarkan orang ramai tentang bertapa pentingnya alam persekitaran ini untuk generasi akan datang.

Program ini merupakan program pemuliharaan laut yang dengan tujuan menjaga dan memelihara habitat hidupan dasar laut. Program ini telah mendapat sokongan yang mengalakkan daripada para penyelam scuba dan bukan penyelam.

Berjaya Redang Hotel & Resort dengan jayanya telah memberikan sepenuh komitment dengan beberapa pertubuhan lain seperti PADI, Project AWARE, dan beberapa pertubuhan lain yang menaja program ini seperti Starbuck, Scuba Symphony, Sony, dan banyak lagi.


Sebelum itu, penyelam yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan bertolak dengan bot masing-masing pada awal pagi ke beberapa lokasi termasuk Berjaya Redang House Reef, Mak Simpang, Chagar Hutan, Turtle Bay dan Bahagia Wreck.

Manakala kumpulan bukan penyelam ditugaskan membersihkan kawasan pesisiran pantai yang panjang termasuk di Taman Laut yang menjadi tumpuan utama pengunjung.

Pada tahun sebelum ini, peserta yang terdiri daripada sukarelawan dan penyelam membawa naik 580 tapak sulaiman.Sesuatu yang tidak menghairankan apabila kumpulan sama turut membawa pulang lima tin minuman aluminium, 12 botol plastik, 10 beg plastik dan 20 puntung rokok yang ditemui di beberapa tapak selam skuba utama. Hasil yang sama diperolehi pada tahun ini. Ini membuktikan bahawa kesedaran dikalangan masyarakat tentang kepentingan menjaga kawasan persekiran masih kurang.


Info tapak sulaiman jenis Mahkota Berduri

  • Mudah ditemui terumbu karang di perairan tropika di Lautan Pasifik, Lautan India dan Laut Merah, ia boleh membiak dari saiz sebesar tapak tangan kepada saiz pinggan.

  • Hanya memerlukan sedikit makanan bagi bertahan untuk tempoh panjang, ia merampas sumber makanan karangan laut dan menyebabkan terumbu karang mati.

  • Racun yang dilepaskan menerusi durinya boleh menyebabkan rasa seperti disengat sekiranya terkena pada manusia. Kesan racun ini boleh menyebabkan seseorang berasa loya dan muntah-muntah dan masih dirasai beberapa jam selepas sengatan.

  • Angka tapak sulaiman jenis ini jika tidak dikawal akan menyebabkan ketidakseimbangan pada ekosistem seterusnya memberi kesan buruk jangka panjang kepada manusia.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs010.snc4/33848_1378924881194_1474067677_30844469_5554547_n.jpg
Peserta Diberi Taklimat

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs688.snc4/62803_1378902280629_1474067677_30844401_3314949_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs662.snc4/60275_1378901440608_1474067677_30844398_3553341_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs661.snc4/60163_1378946401732_1474067677_30844509_1502170_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs331.ash2/61181_1378924481184_1474067677_30844468_6030772_n.jpg
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs673.snc4/61366_1378925681214_1474067677_30844472_492139_n.jpghttp://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs690.snc4/63064_1378925321205_1474067677_30844471_4873298_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs671.snc4/61162_1378917361006_1474067677_30844458_7717238_n.jpg
Sebahagian Peserta Yang Mengambil Bahagian

Sumber Gambar Diperolehi dari Encik Suhizam Salleh, iaitu Salah seorang peserta yang menyertai program ini.

Ketahui Lebih Lanjut di:-
Press Release (11 Sep 2009)
Take the plunge to clean up marine debris with Berjaya Hotels & Resorts on Redang Island Clean Up Day 23 – 25 October 2009.
Voize.my – Malaysia (29 Oct 2009)
A 3 day affair at the RICD
myMetro – Malaysia (05 Nov 2009)
Cintai Terumbu Karang
Press Release – Post event (06 Nov 2009)
Marine life no longer in despair
The Star – Malaysia (14 Nov 2009)
Resort takes plunge to save marine world
News Straits Times – Malaysia (24 Nov 2009)
Island Clean-Up


0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com