Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre76::: Seni Kreativiti Cenderahati Dari Terengganu

Monday, October 4, 2010



Salam, sudah 4 hari tempoh berakhirnya 'Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu', walaubagaimana pun ini tidak bermakna blog Terengganu Permata Hati ini akan berakhirnya disini. Mr Money akan terus berusaha untuk memaparkan dan menceritakan pengalaman mengenai tempat-tempat manarik di negeri Terengganu. Segala yang Mr Money perolehi akan Mr Money kongsikan bersama blogger sekalian.



Hari ini mr Money ingin kongsikan bersama rakan-rakan mengenai tempat untuk membeli cenderahati dari Terengganu untuk dibawa pulang ke tempat masing-masing. Kebetulan baru-baru ini Mr money baru saja selesai menghantar hadiah-hadiah@Cenderahati kepada pemenang 'Contest Jom Ke Terengganu'. Cenderahati ini Mr Money tempah khas dari sebuah kedai cenderahati di tingkat satu Perhentian Bas MBKT. Mudah-mudahan, para pemenang berpuas hati dengan hadiah yang diberiakan.



Kepada yang ingin membeli cenderahati untuk sahabat-handai, saudara-mara bolehlah memperolehinya di kedai NO48 dan NO64 di Tingkat satu Perhentian Bas MBKT. Pelbagai Cenderahati yang cantik dan unik boleh didapati di kedai tersebut dari harga serendah RM2 dan keatas. Pelanggan boleh melihat sendiri kreativiti dan seni penjual tersebut dalam melakar corak pada barang-barang cenderahati yang ditempah.



Selain itu, keramahan penjual cenderahati tersebut membuatkan anda tidak merasa bosan jika terpaksa menunggu buat sementara waktu sementara cenderahati anda siapa dilakar sepenuhnya. Cenderahati seperti 'pin batch', 'Key Chain', Jam dinding, mug, 'frame' dan banyak lagi boleh anda perolehi disini. Sekiranya, anda memerlukan tempahan yang banyak untuk majlis-majlis tertentu, kedai ini turut menerima tempahan bagi kuantiti yang banyak. Anda akan berpuas hati dengan hasil kretiviti dan kualiti cenderahati yang ditawarkan di Kedai bernombor 48 dan 64 ini.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com