Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre77: Rasai Keropok Lekor BTB

Tuesday, October 5, 2010

Salam buat semua hadirin sekalian. Tadi selepas je pulang dari kelas, Mr Money sempat singgah kat kedai yang jual keropok lekor depan asrama yang Mr Money tinggal. Sedap la jugak keropok lekor tu, tapi memang tak dapat menandingi keropok lekor di negeri Terengganu. Kalau kat sini, keropok lekor tak berasa ikan sangat, tapi kalau kat Terengganu. Wah, 'marvelous'. Dah meleleh air liur Mr Money sambil menaip post kali ini. Tengah mengahadap lappy nie, teringat pula ngan makanan kat kampung. Tak sabar pula nak balik, sedangkan raya hari tu baru je balik.

Nie la yang dikatakan "hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, lebih baik tempat sendiri". Makanan yang Mr Money paling suka ialah keropok lekor. Kalau balik kampung, mesti tak 'miss' makan keropok lekor. Tak kisah la, keropok lekor goreng atau keropok lekor rebus. Kalau ada je depan mata, Mr Money mesti santap je.

Sebagai anak Terengganu jati, Mr Money nak rekemen kat semua orang datang ke Terengganu. Kalau nak beli keropok lekor boleh singgah di Kedai Keropok Lekor B.T.B 2209. Kedai keropok lekor nie dekat je ngan rumah Mr Money, lebih kurang 1 km. B.T.B bermaksud Bukit Tok Beng iaitu nama bagi tempat terletaknya kedai tersebut. Kedai nie berhampiran dengan selekoh Kg Bukit Tok Beng dan bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri iaitu sekolah Mr Money dari tingkatan satu hingga tingkatan 3.



http://4.bp.blogspot.com/_pkyZFYSynYY/TBledof-McI/AAAAAAAADNI/bNo2fxyO2dU/s1600/btbbtb.JPG
Pelanggan terpaksa beratur panjang untuk membeli keropok lekor. Ini membuktikan bahawa keropok lekot BTB 2209 amat sedap dan lain dari yang lain.

http://3.bp.blogspot.com/_uD7RGwpDzVw/TBx-MmN2fyI/AAAAAAAAA20/6eAtziOOkrg/s1600/DSC_0213.JPG
Saiz periuk yang besar mampu memasak keropok lekor dalam kuantiti banyak pada satu masa.

Mr Money sempat la jugak merasa keropok lekor kat sini. 'Seriously' memang best. Siapa yang pernah cuba mesti tahu keenakkan keropok lekor dekat sini. Buktinya, hari-hari selekoh g Bukit Tok Beng ni mesti sesak dengan kenderaan yang berhenti untuk membeli keropok lekor. Malah, pelanggan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan keropok lekor. Pernah suatu masa dulu, pelanggan terpaksa mengambil nombor turutan untuk membeli keropok lekor.

Kebanyakkan orang yang datang ke kedai ini membeli keropok lekor dalam kuantiti yang banyak terutama bagi mereka yang datang dari jauh. Kalau nak beli RM2, RM3 memang tidak berbaloi jika hendak beratur panjang. Tapi bila dah cuba sekali, mesti nak lagi.

Kedai ini beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang (Sabtu - Khamis). Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, anda boleh la menghubungi:-

Haji Nazir-019 9130369
Dasimah-012 5620748
Kak Ta- 017 9661209

Lokasi
Di selekoh Kg Bukit Tok Beng, bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Seberang Takir. Laluan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com