Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre78::: Jom Ke Karnival Sua Rasa Tv9 Di Terengganu

Tuesday, October 5, 2010



Karnival Sua Rasa TV9
Akan Diadakan
8&9 Oktober 2010
Bertempat di
Pulau Warisan
Kuala Terengganu,Terengganu

Jom beramai-rami ke Karnival Sua Rasa TV9 yang bakal diadakan pada 8-9 Oktober 2010 bertempat di Pulau Warisan(Bersebelahan Pasar Payang) Karnival ini dibawakan khas oleh Celcom dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.Pelbagai aktiviti yang menarik bakal dijalankan di tapak karnival tersebut.

http://www.tv9.com.my/thumbnail.php?file=TONTON%2FTV9%2Ftontontv9_suarasa_629040900.jpg&w=548&h=342

Karnival turut diceriakan oleh artis-artis tanah air yang diminati ramai seperti Jay Jay, Saleem (Iklim), Yassin, Fiq (Mentor), Mohammad (Mentor), Azzam Idola Kecil 2 dan Arill Idola Kecil 2 dan ramai lagi. Mereka akan menyampaikan persembahan yang pastinya memukau kesemua pengunjung yang datang.

Disamping itu juga, pengunjung dapat beramah mesra bersama krew-krew TV9 seperti Aziz Desa, Farah Adeeba, Alif Satar, Tam Suhaimi, Lydia Ibtisam, Shafek dan ramai lagi. Ketemui mereka di tapak karnival, yang sememang akan memeriahkan lagi karnival Sua Rasa di Terengganu pada tahun ini.

Selain itu terdapat puluhan gerai dan khemah didirikan di Pulau Warisan dan di antaranya adalah TV9, Halaqah, Adik di 9, Warna-Warni Sua Rasa serta gerai Celcom, Ibnu Khaldun, Khee San, Nestle, Silky Girl, Oriental, Air Asia, Tan Choong Motors, Kopi Kapal Api, D’Hatiku, Azmi Burger, Waimee Health, Wyeth, Pet Pet, First Grade Resources, IKIP College dan Keetha.

http://2.bp.blogspot.com/_TBiPr414gGc/SuxYvJ8jz8I/AAAAAAAAACQ/SBXBV73c9Ww/s400/Image0341.jpg
Celcom Booth yang sering menjadi kujungan ramai

http://lh3.ggpht.com/_ntpIEwt5v4Q/SlLMLgPeaFI/AAAAAAAAE8U/IgzSzj4BjgI/s400/DSCN5559.JPG
Bergelak ketawa bersama keletah Upin & Ipin

[DSC_7982.jpg]
YAB Dato’ Ahmad Said, juga dijangka turun padang
untuk memeriahkan lagi karnival ini


Jadi datanglah beramai-ramai ke karnival Sua Rasa TV9 di Terengganu. Luangkanlah masa bersama keluarga tersayang di tapak karnival yang akan memberikan pengalaman yang menyeronokan.

2 comments:

Hezesuze said...

ujung bulan baru weols terjah ganu...huhu so bleh ar kita meet up haha

October 6, 2010 at 5:30 AM
Azwan@Mr Money said...

lol.... saya 20 November nie baru abes exam. Skang kat UiTM Shah Alam lagi. hehehe..... nmpak gaya mcm xberkesempatan la nak jumpa. heheheee

October 6, 2010 at 10:49 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com