Lokasi Menarik

Lokasi Menarik
Selamat Datang Ke Blog Terengganu Permata Hati

Hotel & Resort

Hotel & Resort
Alamilah Keriangan Yang Berterusan

Produk Kraftangan

Produk Kraftangan
Setiap Lokasi Menjanjikan 1001 Keunikan & Keseronokan

Selera Terengganu

Selera Terengganu
Lawatilah Terengganu Hari Ini

Followers

Chapitre79::: "Terime Kasih Banyok Awok Kite"

Tuesday, October 12, 2010

http://www.cultivateuk.com/images/ill_training_qualification.gif

Assalamualaikum w.h.b..... bersyukur kehadrat Ilahi kerana menceriakan hari permulaan Mr Money pada pagi ini. Alhamdullilah, kerana blog Terengganu Permata Hati telah layak dipertandingkan dengan 10 blog-blog lain dalam Pertandingan Blog Pelancongan Negeri Terengganu bagi kategori Pelajar IPT. Tahniah juga di ucapkan kepada blog-blog lain yang layak untuk dinilai sebagai blog pelancongan terbaik tahun 2010 sama ada bagi kategori Pelajar Sekolah, Pelajar IPT dan Terbuka. Blog-blog yang dipertandingan sememangnya amat manarik dan penuh dengan info-info berkaitan dengan negeri Terengganu yang masih belum diterokai sepenuhnya. Sama ada mengenai pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri, artikle-artikle menarik, dan banyak lagi.

Terima Kasih juga kepada pihak pengajur iaitu Kerajaan Negeri Terengganu melalui Unit Komunikasi Negeri Terengganu dan juga penaja-penaja bagi Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu ini. Terima Kasih kerana memberi peluang kepada kami semua untuk mempromosikan Negeri Terengganu di mata dunia. Disamping itu juga, sekaligus mendekatkan diri kami dengan keindahan dan keunikan yang terdapat di Negeri Terengganu sama ada yang sudah lama dikenali, yang kian dilupakan dan yang giat dimajukan. Malah melalui pertandingan ini, peserta mampu menunjukkan bakat mereka dalam seni penulisan dan mewujudkan satu persaingan sihat antara para peserta.

Jutaan Terima Kasih juga saya tujukan kepada semua yang menyokong sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menerbitkan sebuah blog yang dberi nama Terengganu Permata Hati. Terima Kasih kepada kedua orang ibu bapa dan kelurga saya yang banyak memberi galakan dalam mencari info-info yang berkaitan dengan Terengganu. Terima Kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi memberi idea dalam penulisan di blog ini terutama sahabat saya iaitu Mohd Zuhilmi bin Zainal kerana memberi tahu mengenai pertandingan ini. Malah turut membantu saya dalam mencari maklumat-maklumat serta gambar-gambar tempat menarik di sekitar Negeri Terengganu. Jasa baik anda semua amat saya hargai.

Semoga Pertandingan sebegini akan diadakan pada masa-masa akan datang. Hal ini demikian kerana pertandingan sebegini mampu mendekatan diri anak-anak muda dengan aktiviti yang berfaedah sekaligus memanfaatkan diri, negeri serta negara kita. Dewasa kini, masalah sosial dikalangan Remaja menjadi "duri dalam daging" dalam globalisasi arus pemodenan. Sekiranya, aktiviti sebegini dianjurkan, sedikit sebanyak mampu menarik golongan ini dengan aktiviti yang lebih bermanfaat. Diharap juga kepada blog-blog yang layak dan yang tidak layak agar meneruskan penulisan anda agar suatu hari nanti Negeri Terengganu mampu membuka mata pelancong dari dalam dan luar negara.

2 comments:

faizul said...

ok..thanks. gd luck wan !!

October 12, 2010 at 11:52 PM
Azwan@Mr Money said...

sama2.... good luck gak joe.... moga2 ada rezeki kite berdua. hehehhee

October 13, 2010 at 1:07 AM

Post a Comment

Ikuti Perkembang Blog Ini

Powered by Blogger.
 

2009 ·Terengganu Permata Hati by TNB This template is brought to you by : allblogtools.com